"Ya Allah! Perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu kebenaran dan kurniakanlah kepada kami (kemampuan) untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu kebatilan dan kurniakanlah kepada kami (kemampuan) untuk menjauhinya." Amiin.
Total Pageviews
Wednesday, December 30, 2009
MENCARI DA'IE YANG IKHLAS
Aku sedar, disaat jariku menari menaip penulisan ini, ummat di luar sana dicengkam dengan pelbagai masalah yang sangat besar, dunia seakan-akan meraung maminta pertolongan, dimanakah khalifah sebenar yang akan menyelamatkan bumi ini daripada terus dikecam oleh kuasa yang kejam dan zalim?? dimanakah umat Islam yang kononnya bilangan mereka ini ramai dan terdapat dimerata tempat di seluruh dunia?? Sampai bila lagi perlu ditunggu untuk mereka bangkit membebaskan dunia yang penuh ketidakadilan ini??
Dalam keadaan sebegini, aku yakin akan janji Allah, sesungguhnya Islam akan datang menyebarkan rahmatnya keseluruh pelusuk alam dan akan membawa petunjuk bagi mereka yang mencari-cari jalan kebenaran yang sebenar.
Aku yakin sesungguhnya Allah telah mempersiapkan pejuang-pejuang yang akan menyambut seruan mengusung amanah menjaga risalah-Nya ini, dialah da'ie yang ikhlas, membawa obor yang muncul ditengah-tengah kegelapan bagi menyinari dunia disekelilingnya. Da'ie inilah yang membawa kebenaran dengan diiringi hati yang ikhlas, bersiap sedia apabila diberi amanah tanpa sebarang alasan, siap bekerja dan beramal untuk membawa risalah kebaikan yang dikandung Islam, menyebarkan cahaya seterang-terangnya seperti obor.
Amanah ini akan dilakukan oleh seorang dai'e yang ikhlas agar setiap manusia disekelilingnya dapat merasai dan menyambut kebenaran yang dibawanya seterusnya membina angkatan-angkatan da'ie yang bersatu menerangi alam seluruhnya.
Wahai hati yang malap, apabila kamu berjumpa dengan hati yang bercahaya ini, ikutlah dan bergandinglah dengan hati tersebut.
Firman Allah ta'ala:
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (al-an'am:153)
Firman Allah ta'ala:
"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari sisi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. DEngan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang-benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (al-Maidah:16)
Keikhlasan yang ada pada seorang dai'e dalam menyampaikan risalahNya merupakan satu limpahan cahaya yang akan mencurahkan kebaikan buat mereka yang mendengar dan menerimanya. Keikhlasan hati inilah merupakan syarat diterimanya sebuah amalan kebajikan seseorang sehingga akhirnya hati-hati yang ikhlas ini akan bersatu berjalan di atas jalan Islam dengan matlamat yang jelas dan terhindar daripada sebarang penyelewengan.
Akhawat, bermohonlah kepada Allah, agar Allah memilih hati kita menjadi antara hati-hati yang akan bersatu dengan hati-hati ikhlas yang lain bagi membawa risalahNya ini. Jadilah dai'e yang ikhlas...
Wallahu'alam.
Thursday, December 10, 2009
HADIAH BUAT DIRI YANG LEMAH...
Cuma kadang-kadang terfikir adakah aku sangat mementingkan urusan dunia dan asyik mengejar kecemerlangan akademik sehingga mengenepikan segala urusan akhirat dan amanahku??? Astaghfirullah... jauhkanlah aku daripada perlakuan yang sedemikian..
Namun, aku hanya manusia biasa yang tak terlepas daripada kelalaian dengan urusan dunia.. aku pun sedar.. Dan sangat memerlukan kekuatan untuk menghadapi situasi sebegini. Memang tak dapat dinafikan tahun akhir adalah masa yang sangat mencabar bagi diriku.. Bagi mereka yang dekat dengan diri ini, jika nampak diri ini lalai, tariklah dan ingatkanlah serta doakanlah..
Moga Allah memberi kekuatan dan kemampuan untuk diriku yang lemah ini.
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kalimah keramat sebagai hadiah buat hambanya yang beriman sebagaimana firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah: 284-286)
Semoga kekuatan terus mengalir dalam diri ini...
Monday, November 30, 2009
WANITA SOLEHAH...
Wanita solehah laksana rembulan..
Menyinari insan bumi.Jika dia memandang,dunia seakan bergetar kerana ketulusannya..
Jika dia berkata,dunia seakan terlena kerana kelembutannya..
Jk dia tersenyum,dunia pun ikut tersenyum kerana keikhlasannya..
Laksana pelita,tubuh terbakar demi sebuah pengorbanan..
Menjadi penuntun di tengah gemerlapnya bumi..
Laksana sahabiah,langkah kakinya bagai langkah Fatimah..
Hidupnya penuh ketenangan jiwa kerana hatinya slalu berzikir..
Dialah wanita solehah yang mnjadi penentu sebuah perubahan dunia.
Sunday, November 22, 2009
FAKTA DIABETES
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Dihidapi dua orang setiap 10 saat di seluruh dunia sebabkan komplikasi termasuk jantung, buta, strok
DI sebalik kempen meraikan Hari Diabetes Sedunia yang disambut semalam, ada fakta lain yang harus dititikberatkan ramai apabila membicarakan kewajaran pelbagai program dan usaha kesedaran bahaya kencing manis ini.
Faktanya - setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.
Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.
Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.
“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.
Mengetahui kadar gula dalam darah membantu mengurus diabetes.
Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.
Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.
Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.
Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.
Gengran antara komplikasi akibat diabetes.
“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.
Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.
“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.
Jelas Dr Mafauzy, berdasarkan Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2006, menyenaraikan Negeri Sembilan dan Melaka sebagai negeri yang mencatatkan kadar peratusan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia manakala kadar diabetes terendah adalah di Sabah.
“Faktor genetik sememangnya penyumbang besar masalah diabetes. Di Malaysia, majoriti pesakit diabetes berketurunan India diikuti Melayu dan Cina.
“Namun perlu diingat, jika seseorang itu lahir dalam keluarga yang ada sejarah penyakit itu maka risiko untuknya menghidap diabetes sangat tinggi. Oleh itu, langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah pemakanan sihat dan lakukan senaman,” katanya.
Dr Mafauzy berkata, tidak ramai yang tahu, tetapi hakikatnya hampir 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia adalah daripada Jenis Dua. Selain faktor genetik, diabetes jenis ini turut dikaitkan dengan obesiti dan tidak aktif secara fizikal.
Diabetes Jenis Dua ini juga satu masalah kronik yang menjejaskan kaedah tubuh menangani glukos. Ini disebabkan diabetes jenis ini menyebabkan tubuh menolak kesan insulin atau tubuh tidak menghasilkan kadar insulin mencukupi bagi mengekalkan tahap glukos normal.
Diabetes Jenis Dua juga tidak memerlukan insulin sepanjang hayat tetapi anda boleh mengawal glukos dalam darah dengan diet, bersenam atau kombinasi pengambilan ubat-ubatan atau di kalangan sesetengah pesakit mungkin perlu mengambil sedikit insulin.
“Ada kala pesakit menunggu simptom datang sebelum mendapat rawatan. Namun, ada kala mereka langsung tidak sedar simptom yang ditunjukkan tubuh mereka. Ia menyebabkan mereka hanya tahu diserang diabetes secara tidak sengaja selepas terjadinya komplikasi kesihatan,” katanya.
Kadang kala, jika ada simptom pun, ia sangat minimum. Secara umum simptom diabetes adalah kerap membuang air kecil (polyuria), kerap dahaga (polydipsia), kerap lapar (polyphagia) dan hilang berat badan tanpa sebab yang khusus, rasa kebas yang ekstrim, rasa sakit pada kaki (disesthesias) dan penglihatan kabur.
Bagi jangka masa yang lama, diabetes menyebakan komplikasi pada jantung, salur darah, mata, ginjal juga saraf. Retinopati misalnya adalah sebab utama buta dan ia terjadi kerana jangka masa panjang. Retinopati menyebabkan kerosakan pada salur darah kecil di retina.
Secara umum tanpa pengurusan diabetes yang baik, selepas 15 tahun menghidap diabetes, dua peratus pesakit menjadi buta manakala 10 peratus berhadapan dengan masalah penglihatan.
Secara lebih teknikal pula, komplikasi diabetes terbahagi kepada komplikasi mikrovaskular (membabitkan salur darah kecil) seperti buah pinggang (nephropathy), saraf rosak (neuropathy), penglihatan terjejas (retinopati, katarak atau glaukoma).
Manakala komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) menyebabkan masalah seperti jantung, angin ahmar, gangrene dan akhirnya kaki dipotong (amputasi) selain masalah metabolik, mati pucuk dan masalah waktu hamil.
INFO: Faktor Risiko Diabetes Jenis Dua
# Usia dan bangsa - semakin anda berusia semakin tinggi risiko diserang diabetes. Apatah lagi jika anda dari keturunan kulit hitam, Asia Selatan dan kaukasian. Dalam satu kajian di United Kingdom didapati mereka yang berketurunan kulit hitam dan Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh) adalah lima kali lebih berisiko diserang diabetes berbanding mereka yang berkulit putih.
# Genetik - jika ada lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah diabetis. Risiko anda lebih tinggi jika ahli keluarga itu adalah emak atau ayah malah bapa saudara sama ada sebelah ibu atau ayah.
# Obesiti - kebanyakan mereka yang menghidap diabetes Jenis Dua adalah obes. Lebih gemuk seseorang itu lebih tinggi risikonya. Apatah lagi jika tidak aktif bersenam.
# Diabetes waktu hamil - wanita yang diserang diabetes waktu hamil berisiko untuk menghidap diabetes.
Thursday, November 12, 2009
RINDU PADA SI KECIL...
Melepaskan kepenatan sekejap dengan menulis diblog ni.
Huuh..dah lama blog ni tak diupdate...
Tengah-tengah penat menaip, buka koleksi gambar yang ada dalam laptop yang usianya sama dengan usiaku belajar di UKM. Terpandang gambar anak-anak kecil yang memenuhi folder "my picture" dalam laptopku..
Waah..rindunya kat mereka..
Tak terkata..hanya Allah yang tahu..
Yang tak sabar nak jumpa adik-adik dan si kecil..
Monday, October 5, 2009
HADIAH BUAT KAKAK KESAYANGANKU...
Khas buat kakak yang kukasihi..
Tiada hadiah terbaik yang mampu hajar bagi untuk akak untuk menggambarkan rasa penghargaan buat akak. Hajar nak hadiahkan gambar hati yang melimpah kat atas ni buat akak. Bila terlihat gambar ni, umpama perasaan kasih sayang yang lahir dari hati ini tak termampu nak diisi sehingga melimpah-limpah untuk dibahagikan kepada semua orang yang ada disekeliling hajar. Mungkin dulu, hati ini kering dengan kasih sayang... selalu kena perli, " nilah, budak engineering, tak reti nak berkasih sayang...".
Tapi akak banyak mengajar hajar erti kasih sayang, cuba untuk menyemai kasih sayang dalam hati ini dan menghargai makna kasih sayang. Ya, indah bila kita mengikat hati kita dengan orang yang nak dibawa bersama kita dengan dimulakan dengan ikatan kasih sayang. Dimulakan dengan mendahulukan 'hati' dihadapan. Menyemai ukhuwwah yang ikhlas dengan meletakkan 'hati' sebagai pengikat kasih sayang.
Banyak yang hajar belajar daripada makna kasih sayang...tak tahu nak digambarkan.
Terima kasih banyak-banyak kak, atas keikhlasan hati akak mendidik hajar. Semoga Allah mencatatkan ganjaran kasih SayangNya buat hati-hati yang berkasih sayang keranaNya..Terimalah hadiah yang tak seberapa ni..
-Khas buat kakak kesayanganku-
Daripada adikmu...
Sunday, September 27, 2009
BILA HATI TERASA RINDU…
Alhamdulillah, kembali semula ke tempat ku menuntut ilmu setelah lebih kurang seminggu pulang bercuti untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta. Hakikatnya, dalam hati ini belum puas, kerana hasrat untuk pulang beraya di kampong tak kesampaian. Masakan tidak, hati ini terasa sangat rindu pada kampong halaman tempatku membesar mengenal erti kehidupan.
Terasa rindu pada hamparan sawah bendang yang terbentang luas disebalik jendela rumah usangku, air sungai yang mengalir tempatku dan keluargaku yang selalu memancing dikala musim tengkujuh tiba, kicauan burung yang tak pernah lekang diatas kehijauan pokok-pokok disekeliling rumahku, bunyi ayam yang berkokok pabila tibanya senja melabuhkan tirainya. Menghabiskan masa bersama teman-teman lama didalam kebun kepunyaan arwah nenekku yang penuh dengan pohon buah-buahan sambil mengumpul biji-biji getah untuk bermain congkak, memanjat pokok, menangkap anak-anak ikan, mandi sungai, dll… Alangkah rindunya hati ini pada suasana itu…
Masa-masa yang tak pernah kenal erti jemu untuk bermain-main dengan alam ciptaan Allah. Namun, semuanya adalah milik Allah. Dia yang Maha menentukan hala tuju hidup ini. Setelah segala-galanya telah dinikmati, bila-bila masa akan ditarik semula nikmat itu. Namun, ianya tetap menjadi kenangan yang sangat berharga dalam hidup ini..sebuah kenangan kehidupan seorang "ANAK KAMPUNG".
Tuesday, September 15, 2009
BERMULALAH SEBUAH PERJUANGAN..
Setelah beberapa ketika diberi kelapangan waktu setelah beberapa bulan menghabiskan masa berpraktikal.
Akhirnya sudah tiba masa untuk aku bangun daripada rehat untuk menatap kembali
buku-buku engineering yang dah lama tak terselak kat rak buku tu.
Baru beberapa minit yang lepas, dah dapat tajuk untuk
"Projek Rekabentuk Loji Biokimia" dimana menuntut masaku untuk tumpukan perhatian selama 2 semester yang tersisa sebagai syarat bagi mendapatkan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan Biokimia.
InsyaAllah, untuk makluman semua, jika aku leka dengan projekku sehingga melupakan amanahku, mohon sangat antum ingatkan diri ini..
Sangat memerlukan sokongan semua untuk buat yang terbaik!!!
Sebab aku yakin, cemerlang adalah satu kewajipan bagi seorang Muslim.
Sekian dahulu makluman buat setakat ni.
Masih menanti tajuk untuk penulisan projek ilmiah (thesis) pulak..
Doakan kejayaan kita semua.
Friday, September 11, 2009
KASIHAN BELAS PADA HATI YANG BASAH
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Pengajaran hadis:
"Kelebihan sifat rahmat dan kasihan pada haiwan"
(Kitab al-adab- Koleksi hadis-hadis adab dalam Islam)
Perkongsian penulis:
Kadang-kadang terfikir dan merasa pelik, bagaimanakah hati orang yang menganiaya dan menzalimi makhluk Allah?? Tak ada ke rasa belas kasihan dalam hati mereka??
Sewaktu berpraktikal, dalam sebulan yang lepas, penulis ada berkenalan dengan seekor kucing. Pada awal perkenalan, keadaannya sangat menyedihkan. Masakan tidak, badannya betul-betul kurus dan hampir keseluruhan ekornya tiada bulu dan luka, dipenuhi dengan darah. Lalu penulis bertanya dengan kakak 'officemate"nya.
"Kak, kenapa dengan kucing tu?"
Katanya: "Kucing tu dah lama luka macam tu, kucing tu suka merayau-rayau cari makanan kat kedai-kedai makan area sini. Mungkin waktu kucing tu cari makanan, orang simbah simbah dengan air panas Sebab pernah satu badan kucing tu basah".
Huuh..terkejut!! Rasa nak marah, geram, kesian dan tak tahu nak cakap apa...
Manusia..manusia..kenapalah engkau bersifat begini??
Takde ke rasa kesian kat kucing tu??
Manusia,
Sedar tak, dunia ni bukan hak kamu sahaja, Allah ciptakan kita sebagai khalifah bukan untuk mentadbir dan menyenangkan kehidupan kita semata-mata. Malah lebih daripada tu. Skop kerja khalifah bukan hanya mencari duit untuk isi perut sendiri sahaja atau hanya mengadap buku atau laptop 24 jam sehari tanpa menghiraukan keadaan sekitar. Sampai kucing nak minta makanan sket pun tak boleh bagi. Bukannya susah pun, bagi lebihan makanan kita pun dia boleh makan.
Hati manusia, semakin hari semakin keras. Dah tak ada sifat belas kasihan pada makhluk Allah yang lain. Hidup hanya untuk diri-sendiri. Sebab tulah bila dia melihat haiwan, melihat pokok-pokok dan segala macam ciptaan Allah di dunia ni, takde sedikitpun boleh menambahkan iman mereka malah makin merosakkan lagi.
Sedangkan semuanya Allah dah sediakan sebagai bukti keagungan dan kebesaranNya bagi mereka yang berfikir.
Sekarang, kita sama-sama renungkan semula, adakah kita nak termasuk orang yang rugi.
Allah telah menyediakan ruang yang amat banyak untuk kita mengutip ganjaran pahala selagi hayat dikandung badan. Dengan berbuat baik pada makhluk Allah pun Allah sediakan pahala dan keampunan. Tinggal kita je nak raih peluang ni atau tak.
Muhasabah semula pada ayat:
"Pada setiap hati yang basah (iaitu makhluk yang masih hidup) ada pahala."
Jom kita sama-sama beramal, berkasih sayanglah dengan setiap "hati yang basah".
Wednesday, September 9, 2009
DIMANA LETAKNYA NILAI KEIKHLASAN DALAM AMALAN KU??
Engkau datang menyeru manusia kepada keimanan dan mereka mempercayaimu pada apa yang engkau tampakkan. Namun, apabila yang engkau serukan tidak sesuai dengan suara batinmu, kemanakah engkau akan berlari daripada kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi dalam jiwa setiap makhluknya??
Benarkah...wahai jiwa, engkau termasuk dalam firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh bberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia". (al-anfaal:2-4)
Janganlah engkau berharap, wahai jiwa untuk berada di atas jalan dakwah ini sebagai bentuk perjuanganmu tanpa hidayah dan keimanan yang dikurniakan pemilik jalan ini. Maka, bukalah pintu hatimu, agar cahaya iman dapat menembusi kedalamnya, dan Esa-kanlah Allah dalam keikhlasan penuh kepada-Nya semata. Jadikanlah kalimat Laailaaha illallah, Muhammad Rasulullah sebagai sistem hidupmu. Dari sana engkau dapat merasakan bahawa sesungguhnya Allah adalah cahaya bagi alam semesta raya.
Dengan kemuliaan, keagungan dan dan keperkasaan-nya, Dia menyinari sudut-sudut hatimu. Membuat setan-setan terkutuk beserta seluruh tenteranya dari golongan jin dan manusia, lari tunggang langgang dan menjauhkan darimu. Ingatlah ucapan mereka, "Niscaya akan aku jerumuskan mereka semua dengan godaanku." Namun, dengarlah tatkala Allah berfirman padanya, "Sesungguhnya engkau tak memiliki kekuasaan sedikitpun terhadap hamba-hambaku." Maka iblis dan pasukannya pun mengakui hal tersebut seraya berkata, "Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka." (al-Hijr:40)
Maka, jadilah engkau hamba Allah yang mukhlis (ikhlas), "Maka serulah Tuhanmu dengan ikhlas pada agama-Nya, walaupun orang-orang kafir itu benci." (Ghaafir:14)
Pesanan hasan al-Banna berkenaan keikhlasan:
"Tentang keikhlasan, maka saya menginginkan agar setiap ucapan seorang akh, perbuatan, dan jihadnya, seluruhnya ia tujukan untuk Allah semata, mengharap redha dan ganjaran pahala-Nya. Tanpa mengharapkan harta, jabatan, penampilan, title dan sebagainya. Pada saat itulah engkau akan menjadi sosok yang mengusung fikrah dan akidah. Bukan jundi yang mengharap harta dan manfaat duniawi. Katakanlah "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semata, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, dan kepada itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)." (al-an'am:162-163)
Mu'adz berkata, "Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat."
Beliau bersabda, "Ikhlaslah dalam agamamu, niscaya ia akan menjauhkanmu dari amal yang sedikit. " (HR Al-Hakim)
-Cebisan daripada buku "Kekuatan Sang Murabbi" - oleh :Prof Dr Taufik Yusuf al-Wa'iy
Monday, September 7, 2009
KAKTUS PENYEJUK HATI...
Sungguh!!! Maha hebat ciptaan Allah az-zawajalla..
Masakan tidak, pokok kaktus yang penuh duri pun boleh menjadi penyejuk hati..
Sebelum ni tidak pernah kusangkakan yang kaktus ni, satu tumbuhan yang sangat bermakna.
Dulu tengok kaktus sebelah mata je, sebab pokoknya penuh dengan duri lagipun, takdelah cantik sangat kaktus ni..tak secantik mawar atau pokok-pokok berbunga yang lain.
Kisah berjinak-jinak dengan kaktus ni bermula apabila ada sorang kakak (housemate-ku yang disayangi) bagi hadiah selepas pulang dari cameron Highland. Setiap hari, kaktus yang diberi serta beberapa koleksi kaktus yang lain itu, kusiram dan kujaga dengan penuh perasaan kasih sayang dengan harapan mereka dapat membesar dengan baik. Lama-kelamaan, terbit rasa sangat sayang pada mereka, setiap kali masuk ke bilik, perkara pertama yang kubuat adalah memandang kaktus tersebut.
Subhanallah, setiap kali aku memandangnya hatiku terasa tenang.
Terasa umpama kaktus tersebut sedang berbicara dengan diriku.
Dan aku harapkan kaktus tersebut akan menjadi teman sewaktu hati ini dalam kegelisahan. Kerana dengan memandang dan bercakap dengan kaktus itu, hatiku terasa sangat gembira..Inilah keindahan ciptaan Allah..
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 191 yang bermaksud:
" Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan segalanya ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau maka jauhilah kami dari azab api neraka".
Thursday, September 3, 2009
DAH FINAL YEAR!!!
Alhamdulillah, selesai sudah praktikal di Mylab Scientific Sdn Bhd.
Banyak perkara baru yang diterokai dan dipelajari.
Rindu pada kakak-kakak "office mate" ku..
Terima kasih kak, atas tunjuk ajar dan bantuan.
Melangkah ke semester baru, sebagai kakak yang paling senior di Fakulti Kejuruteraan, UKM Bangi. Tak sangka, sekejap je dah tahun 4. Rasa macam baru masuk ke UKM. Terlalu banyak lakaran cerita yang terlukis sepanjang 3 tahun lebih belajar di UKM ni.
Cuma untuk semester baru ni, azam baruku sempena Ramadhan yang penuh barakah ini untuk menjadi mukmin yang terbaik insyaAllah. Mungkin semester ni agak sibuk, al maklumlah dah final year. Hari pertama pergi ke kuliah dah dapat 2 assignment. Hari ni tambah lagi satu.. Semoga Allah mempermudahkan jalan untukku berjihad di medan ilmu dengan tidak melupakan amanahku dalam mendokong agama Islam yang tercinta.
Dan yang paling penting, ingatan buat diri yang selalu alpa,
Ikhlaskan niatmu untuk melaksanakan segala amalan hanya untuk Allah!! Bulatkan tujuanmu untuk meraih RedhaNya.
Kerana engkau yakin keikhlasan hati merupakan kewajipan untuk mencium syurga Allah dan menatap wajahNya yang Agung diakhirat kelak. InsyaAllah..
Tuesday, August 4, 2009
SABAR...5 WORDS BUT SO MEANINGFUL!!!
Nampaknya dah lama tak diupdate blog ni..
Nak berkongsi satu perkataan keramat dengan semua :"SABAR"
Perkataan yang selalu memujuk diri ini dikala berada dalam keadaan yang sangat susah, duji dengan pelbagai mehnah, tatkala dirasakan diri ini tak mampu lagi untuk memikul amanah yang besar ini..
Sabar..
Ya, inilah ubat yang paling mujarab untuk mendamaikan hati yang resah, mengubat rasa susah, memotivasikan diri untuk terus melangkah gagah. Dengan kesabaranlah yang menjadikan diriku terdidik dalam menjalani kehidupan ini.
Sehingga tiada lagi kata-kata yang boleh kunukilkan disini, untuk menganalogikan betapa hebatnya perkataan "SABAR"...
Kehebatan perkataan SABAR ini boleh dirasai apabila maknanya benar-benar dihayati dan dipraktikkan dalam menghadapi mehnah kehidupan seharian..
Jom sama-sam kita menyemarakkan kehebatan perkataan SABAR dengan menjadikan sabar ini amalan dalam kehidupan kita kerana kita yakin, sabar merupakan sebahagian daripada elemen yang akan melengkapkan iman kita.
Jangan jadi orang tidak sabar,
Terus bersabar,
Tetapkan bersabar,
Sabar itu sebahagian iman,
Jadikan ia satu amalan..
Sunday, June 14, 2009
DARUS SAKEENAH - MEDANKU MENTARBIYYAH DIRI...
Darus Sakeenah (DS)..
Nama yang tidak asing lagi dalam kamus hidupku,
Teringat sewaktu mula-mula ikut usrah di UKM, kakak naqibahku pernah bercerita berkenaan Darus Sakeenah, katanya DS ni bukan sebarang rumah, tak macam rumah sewa yang biasa. Disini tempat kita bekerja. Bila bersetuju untuk meletakkan diri menjadi ahli DS bermakna kita tak akan sama dengan orang lain.
"Apa yang tak samanya??"
"YA. Memang tak sama, sebabnya amanah & tanggungjawab kita berbeza daripada orang lain."
Dengan membuat keputusan untuk berada disini, bermaksud perlu bersedia untuk mengorbankan masa, tenaga, harta, perasaan, dsb..
Wah..takutnye, dengar macam berat jer..
Dalam hati tak rasa berat sangat sebab memang ada pasang niat untuk berada di DS.
Tak tahulah, sejak pertama kali berkunjung ke DS dengan jemputan akak-akak senior dulu, dah mula jatuh hati dengan DS. Rasa keinginan untuk berada bersama kakak-kakak menebal dalam diri. Mungkin hasil qudwah dan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka.
Namun, matlamat & kefahaman perlu jelas, bukan kerana ajakan manusia namun untuk mencapai matlamatku yang tertinggi.
Dengan bantuan akak-akak, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana di DS. Mulanya, rasa segan jugak, nak g dapur pun takut-takut. Namun, atas keramahan kakak-kakak di DS, akhirnya dapat sesuaikan diri sedikit demi sedikit. Yelah, dulu-dulu jadi adik paling bongsu..memang dimanjakan habis-habisan..Hu..hu.. rindu kat akak-akak yang dah tinggalkan DS.
Setiap hari dilalui dengan pelbagai pengalaman yang banyak mentarbiyyah diri, bayangkan apabila kelas full dari pagi sampai petang, then balik penat-penat kena masak.. Nak kena fikirkan selera makan untuk 10-12 orang, ada yang makan pedas, ada yang tak pedas, ada yang sangat kena menjaga cara potong sayur, etc..
Disinilah medan untuk mentarbiyyah diri yang sebenar.
Hari demi hari, akhawat di DS bertukar ganti, bila tiba masanya, mereka akan pergi meninggalkan DS, dan ahli baru akan diserapkan masuk ke DS..
Kalau dulu dimanjakan, sekarang kena belajar jadi kakak pulak.
InsyaAllah, akan kucuba menjadi kakak & sahabat yang baik.
Buat bakal Penghuni DS,
Mengambil keputusan untuk berada di DS bukanlah perkara yang senang.
"Bayangkan, kita disediakan dengan penempatan di universiti, buat apa susah-susah nak sewa rumah kat luar. Dahlah keselamatan tak terjamin, mak ayah pun susah nak bagi kebenaran. Lecehlah, nak duduk dengan ramai orang ni, tak biasa. Lagi selesa duduk sorang-sorang kat bilik, takde gangguan. Tak boleh nak adapt dengan orang lain, etc..."
Kita yang mencipta 1001 alasan.
"nak seribu daya, tak nak seribu dalih"
Mohonlah petunjuk daripada Allah.
Kami akhawat DS mengalu-alukan kedatangan anda untuk bersama-sama kami berkongsi susah senang menghadapi mehnah dan cabaran dalam hidup ini. Bersama menyusun langkah perjuangan yang kita yakini ini, menyatukan akidah, mengemaskan fikrah dan akhirnya kita sama-sama beramal demi mencapai RedhaNya.
Buat adik-adikku dan akhawat yang bakal berada di DS, tahniah buat antum yang terpilih untuk berada di DS, buatlah keputusan sebaiknya, mohon doa agar Allah menunjukkan jalan yang terbaik. Muhasabahlah semula, sesungguhnya Allah yang memilih untuk kita bersama-sama berkongsi kehidupan nanti. InsyaAllah..
-MONOLOG DS-
Darus Sakeenah,
Sungguh!! Disinilah aku mencari sinar kekuatan apabila berada dalam kesempitan.
Setelah seharian kepenatan berhadapan dengan manusia di luar sana, DS menjadi tempat untukku melepaskan lelah. Medan mengumpul kekuatan dalam membina diri menjadi hamba Allah yang benar-benar ikhlas mengorak langkah demi mencapai redhaNya.
Darus Sakeenah,
Sungguh!! Disinilah aku mula mendidik dan mengislah diri untuk menjadi insan yang beramal dengan amal islami, memuhasabah amal harianku, & mengingatkan diri yang leka.
Darus Sakeenah,
Sungguh!!! Disinilah medan untukku betul-betul mengenal dan memahami akhawat yang sama-sama berada dalam barisan perjuangan, perjuangan yang tiada henti dan tidak akan berhenti. Cuba untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan akhawat. Disinilah medanku mengikat dan menyatukan hati dengan akhawat lain, menyemai kasih sayang kerana Allah. Keranaku yakin, dengan penyatuan dan ikatan hati yang tersimpul erat inilah yang menjadi bekal dan penguat dalam melalui jalan yang penuh cabaran dan dugaan ini dan inilah syarat kepada kesempurnaan imanku.
Friday, May 22, 2009
DAKWAH KITA… “DAKWAH KASIH SAYANG”
Khas buat para pencinta Islam yang mengikat janji untuk bersama-sama menjadi penyambung rantaian dakwah Rasulullah s.a.w…
Tahniah pada sekalian pejuang Islam yang bersungguh-sungguh menginfakkan harta, jiwa, masa dan segala yang antum ada untuk jalan dakwah ini. Dengan pengorbanan yang ikhlas dari hati, semoga kita terpilih untuk menikmati syurga Allah yang kekal abadi dan dapat bertemu denganNya kelak..Satu kemenangan yang paling besar untuk umat manusia..
Sesungguhnya jalan ni memang sukar, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, masa yang diluangkan bukan sejam dua.., tenaga yang diberi bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Berusaha bukan sedaya upaya, tapi sehabis daya. Inilah rutin harian seorang yang bergelar da’ie. Namun, dalam kesibukan kita merancang, bekerja dan melaksanakan amanah kita dalam jalan dakwah ni, kadang-kadang kita terlupa pada satu perkara yang penting, iaitu keperluan berkasih sayang dalam memenuhi hak kita sebagai seorang sahabat, anak, adik-beradik dan sesama manusia.
Tak dinafikan, kebanyakan golongan muda mempunyai sifat hamasah yang tinggi, rela bekerja dan melakukan apa sahaja selagi termampu. Sifat begini memang diperlukan dalam gerak kerja kita, terutama dikalangan belia. Cuma perlu ditekankan disini, jangan sesekali lupa, jalan dakwah ini memerlukan bekalan untuk menggerakkan jundi-jundi yang berada dalam system tarbiyyahnya agar tidak berlaku masalah keciciran yang sangat dahsyat pada masa mendatang. Dan antara bekalan yang penting dan selalu kita terlepas pandang adalah bekalan “ukhuwwah” dan “kasih sayang”.
Sahabat sekalian,
Sungguh!!! Bekalan ukhuwwah dan sifat kasih sayang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keberjayaan tarbiyyah kita dan usaha kita membina rijal-rijal. Pembinaan rijal perlu dimulai dengan perasaan kita mentarbiyyahnya kerana kita kasihkan padanya.
Kita kasih pada mad’u kita, agar beliau tidak tercicir daripada jalan yang kita yakini ni…
Kita kasihkan padanya dan rela berkongsi apa sahaja yang kita ada dengannya…
Kita kasih padanya dan rasa nak dia bersama dengan kita…
Dengan kasih sayang yang ditunjukkan dan diberi dan dengan izin Allah, mad’u yang bakal dibina akan rasa dekat dengan kita dan mudah untuk menerima dakwah kita.
Perasaan kasih sayang juga perlu disemaikan dalam gerak kerja harian kita. Apabila timbul sesuatu konflik, selesaikan dengan cara yang adil supaya tidak menzalimi sahabat yang lain kerana kita kasih padanya. Amalkan konsep syura, kerana kita perlukan pandangan daripada semua sahabat kita kerana kepercayaan yang terbina. Menjaga kebajikan ahli sebaik mungkin kerana kita kasih padanya. Memberi amanah dan tugas bersesuaian dengan kemampuannya supaya tidak menzalimi sahabat kita kerana kita kasih padanya.
Semuanya indah, jika kita dahulukan perbuatan kita dengan meletakkan “hati” dihadapan. Kerana hatilah kunci utama untuk menyemai sifat kasih sayang dalam kehidupan harian kita. Hati yang diikat dengan akidah yang benar, dikemaskan lagi dengan fikrah yang jelas akhirnya akan disatukan dengan ukhuwwah yang sangat hebat…Ukhuwwah yang menjadi bekalan kita sepanjang jalan dakwah yang penuh liku demi mendapat redha Allah, insyaAllah.
Jom!!!
Sama-sama kita zahirkan dan semarakkan sifat kasih sayang kita pada ibu bapa, anak usrah, naqibah, rakan seperjuangan dan seluruh manusi..Semoga dengan kasih sayang yang disemai, kita sama-sama doakan dunia ini akan dipenuhi dengan warna-warna kehidupan yang sentiasa dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
"Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kasih sayangMu kepada kami, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang saling menyayangi keranaMu."
Sesungguhnya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Thursday, May 7, 2009
BAGAIMANAKAH AKHLAK SEORANG MUSLIM YG SEBENARNYA APABILA BERLAKU PERSENGKETAAN???
Namun, bagaimanakah reaksi kita apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian??
Bagaimanakah akhlak kita sebagai seorang Muslim??
“ Sungguh telah ada teladan yg baik bagimu pada diri Rasul Allah, iaitu bagi orang yg mengharap keredhaan Allah dan pahala hari Akhir dan banyak berzikir menyebut Allah” (Al-Ahzab ayat 21).
Antara lakaran yang tercantik akan terlakar di atas kain putih kehidupan kita adalah keindahan ukhuwwah. Dan dengan keindahan ikatan ukhuwwah inilah yang menyebabkan syaitan seringkali cemburu dan marah serta cuba sedaya-upaya untuk memutuskan ikatan ukhuwwah yang terjalin sekian lama. Kadang-kadang, ukhuwwah yang dibina sekian lama, boleh terputus kerana berpunca daripada perkara yang ‘simple’ sahaja.
Namun, kita yang ‘declare’ diri kita sebagai seorang Muslim dan mengaku umat Muhammad saw dan menjadikan baginda sebagai suri teladan, adakah dengan mudah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan apabila ukhuwwah kita diuji?? Baginda Rasulullah saw, telah menunjukkan suri teladan yang sungguh indah dalam berakhlak dan berukhuwwah sebagaimana dalam peristiwa baginda melayan seorang tua yang buta dengan baik walaupun seringkali dicerca dan dimaki setiap kali baginda menyuapkan makan untuk orang tua tersebut.
Inilah akhlak Islam yang sebenar. Kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan permusuhan. Jadilah seperti pokok, dibaling batu, dibalas buah.
“ Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka org yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dgn serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat baik.”
Kadangkala kita bertegas untuk memenangkan diri kita bahawa kita tidak bersalah, malah musuh kitalah punca berlakunya persengketaan. Sehingga akhirnya pergaduhan berlarutan dan hati semakin jauh. Sebagai MUslim, kita diajar untuk sentiasa memaafkan, tidak kiralah kita dipihak yang benar atau dipihak yang salah. Perkataan ‘maaf’ ibarat air dingin yang akan menghapuskan segala api kemarahan yang disemarakkan oleh syaitan laknatullah.
“Tapi, saya terlalu geram, saya rasa saya tak boleh maafkan dia, perbuatan dia sangat melampau!!!”
Kalu macam kes kat atas, apa pulak penyelesaiannya??
Tidak dinafikan, sewaktu persengketaan berlaku, fikiran kita akan menjadi kurang rational dan perkataan ‘maaf’ susah untuk diluahkan. Tapi untuk mengelakkan persengketaan yang lebih teruk, jika kita terlalu marah, jangan berkata apa-apa. Sebaiknya diam, banyakkan istighfar dan terus berlalu pergi. Jangan biarkan ketidakwarasan akal kita pada waktu tersebut mengaibkan diri kita dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kita katakan.
Kenangilah saat manis sepanjang kita bersahabat dan menjalinkan hubungan dengan orang yang bersengketa dengan kita.
Kita seharusnya sentiasa memuhasabah diri kita. Setiap dari kita tidak terlepas daripada ujian persengketaan dan salah faham dalam kehidupan. Dengan bersikap positif, pandanglah ujian tersebut merupakan tarbiyyah daripada Allah kepada kita. Didikan Allah sangat luas, dan salah satunya adalah melalui karenah sahabat-sahabat dan orang terdekat dengan kita sendiri.
Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan, dipandang serong dan sebagainya. Kerana setiap dari kita ada pandangan yang berbeza. Jangan merasakan kita terlalu sempurna sehingga merasakan kita tak mungkin akan buat salah.
Ya Allah, Engkau naungilah ukhuwwah kami dengan keberkatan kasih sayang dan redhaMu.
Wednesday, May 6, 2009
PERINGATAN UNTUK SEMUA YANG BERGELAR ANAK..
Sejak praktikal ni agak sibuk..hu..hu..alasan..
Just untuk renungan bersama, nak kongsi email yang ana dapat daripada yahoogroup.
Sangat tersentuh..
Baca dan hayatilah..
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Wallahu'alam..
Sedikit pesanan..
7 MEI - Sambutan hari Ibu.
(Walaupun hari-hari kita sepatutnya meraikan ibu kita)
Semoga bersempena hari ibu ni, bagi yang masih merasai nikmat kasih sayang seorang ibu, jangan lupa untuk meraikan ibu anda, sebagai penghargaan terhadap pengorbanan ibu yang tak mungkin terbalas..luahkanlah kepada mereka kasih sayangmu itu selagi diberi masa..
Wahai sekalian yang jasadmu dipisahkan dengan jasad insan yang paling kamu sayangi, jangan lupa doakan ibumu disana..mereka sangat mengharapkan doa daripada anak-anak mereka yang soleh.. Dengan doa itu, akan sentiasa menyambungkan kasih sayang kita dengan ibu kita..Ya, nikmat kasih sayang yang mungkin orang lain tak dapat rasa, iaitu nikmat rindu untuk bertemunya semula diakhirat kelak dengan wajah yang ceria dan perasaan penuh redha..Al-fatihah..
Wallahu'alam..
Wednesday, April 15, 2009
IMPIAN “AL-FARUQ”
Para ulama seerah telah mengisahkan bahawa pada suatu hari Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. dan beberapa orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat, kemudian katanya: “Wahai para sahabatku, berangan-anganlah..!” Salah seorang sahabat berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki wang dirham (perak) yang dapat memenuhi tempat ini, kemudian wang tersebut saya pergunakan untuk perjuangan di jalan Allah.” Dan orang kedua juga berangan-angan ingin memiliki wang dinar (emas) yang sebanyak tempat tersebut kemudian dibelanjakan di jalan Allah. Kemudian khalifah Umar r.a. berkata, “Saya berangan-angan ingin memiliki orang-orang yang banyak (berkualiti) seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”
Apakah isi tersirat yang terkandung di sebalik impian al-Faruq ini??
Pembinaan rijal-rijal yang meletakkan Redha Allah sebagai matlamat utama dalam hidupnya.
Siapakah rijal-rijal ini?
Rijal-rijal yang menanamkan Islam dengan teguh dalam jiwanya, mantap didalam hatinya. Iaitu Muslim yang bersedia mengorbankan jiwa dan raganya demi Islam. Bukannya mereka yang hanya melaungkan kekuatan semangatnya hanya semata-mata diluaran dan pada bicaranya sahaja.
Terdapat kaedah mudah yang boleh dijadikan KPI (Key Performance Index) untuk mengukur peringkat pertama dalam usaha pembinaan rijal-rijal yang berkualiti iaitu:
10 ciri individu Muslim (Muwasafat Tarbiyyah)
1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang Mantap
4. Mujahadah melawan nafsu
5. Berpengetahuan (berilmu)
6. Sihat tubuh badan
7. Teratur urusannya
8. Berdikari
9. Menjaga masa
10. Bermanfaat kepada orang lain
Adakah sudah terdapat dalam diri kita kesemua 10 ciri diatas??
“Muhasabah Kita Bersama…”
Monday, March 23, 2009
CEMERLANG BUKAN PILIHAN!!!
Menyengat...
Tapi semester ni agak berbeza, sebab akhawat DS yang lain lambat lagi nak final exam.
Sape suruh jadi budak engineering...hu..hu.. Final exam lebih awal daripada student lain.
Just untuk peringatan bagi diri yang kadangkala lalai..
Satu ungkapan yang menjadi ingatan buat diri:
"KITA MESTI CEMERLANG, SEBAB TIADA PILIHAN UNTUK CEMERLANG"
Kenapa tiada pilihan?
Tak boleh ke kalau kita tak nak cemerlang??
Cuba kita muhasabah semula, untuk apa kita diciptakan dimuka bumi ni?
Sebagai hamba dan khalifah..
Hamba - Kebanyakan Muslim lepas untuk laksanakan amanah ni, tapi..
Khalifah - Yang ni, ramai yang tak lepas..
Firman Allah SWT:
"Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Adz-Zariyat:56)
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah :30)
Hakikatnya, kedua-dua amanah kita sebagai hamba dan khalifah tidak boleh dipisahkan kerana khalifah yang betul-betul menunaikan amanahnya mentadbir bumi adalah khalifah yang sangat khusyuk dan ikhlas dalam beribadah.
Tapi apa kaitannya cemerlang dengan amanah kita sebagai hamba dan khalifah??..
Firman Allah SWT:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq."
(al-Imran:110)
"umat terbaik"
Ungkapan umat terbaik dalam ayat diatas sangat signifikan dengan "cemerlang"
Yes. Kita umat Islam adalah umat yang terbaik, iaitu umat yang cemerlang.
So, sepatutnya kecemerlangan perlu disinonimkan dengan umat Islam!!
Umat ISLAM mesti cemerlang dalam apa sahaja perkara yang dia lakukan selagimana tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.
Namun jika dilihat, realiti sebenar yang berlaku sekarang,
Umat Islam ditindas,
Saudara kita di Palestine, diganyang tanpa perasaan belas kasihan oleh golongan umat yang Allah hinakan.
Umat Islam, bukan lagi dipandang sebagai umat yang cemerlang.
Umat Islam tidak lagi dipandang sebagai pemimpin atau khalifah yang boleh mentadbir dunia,
Dimana-mana sahaja, kebanyakan pemimpin Islam tunduk kepada pemerintahan bathil yang didalangi oleh golongan Yahudi.
Kenapa??
Sebab sistem dunia yang ditadbir manusia sekarang tidak lagi menurut sistem yang Allah kehendaki. Sistem dunia dipenuhi dengan penipuan dan kebathilan yang terancang sehingga tenggelamlah kebenaran yang kucar-kacir..
Kenapa kebenaran menjadi kucar kacir??
Sambungan daripada ayat diatas:
(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..."
Ya. Kita Muslim adalah umat yang terbaik selagimana kita mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar serta beriman kepada Allah. Namun, berapa ramaikah dikalangan Muslim yang berpegang kepada ayat diatas??. Selagimana umat Islam tidak bangkit bersama-sama menunaikan amanah mereka, selagi itulah umat Islam terus ditindas dan menjadi umat kelas paling bawahan..
Tidakkah kita rindu pada zaman kegemilangan Islam yang dipelopori oleh Baginda Rasulullah saw??
Membangunkan negara Islam dalam masa 13 tahun??
Dan kegemilangan Islam tetap berterusan daripada zaman khulafa' ar-rasyidin, zaman umayyah, abbasiyyah, uthmaniyyah..
Umat Islam dipandang tinggi, dimana umat yang tidak menganut Islam mengambil sistem Islam untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.
YA. Sebab ISLAM mentadbir alam.. menjadi rujukan dunia..
Apa aset utama yang dibawa oleh Rasulullah SAW??
"Kecemerlangan Akidah" dalam hati para sahabat terawal yang ditarbiyyah oleh Baginda.
Sehingga dengan kecemerlangan akidah tersebut membuatkan keseluruhan tindak tanduk mereka menjadi cemerlang. Menjadikan ISLAM berada dipuncak kegemilangan dunia.
Pesanan terkhir buat diri dan sahabat,
Sebagai MUSLIM yang belajar,
Kita seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar non-Muslim.
Jangan biarkan mereka beranggapan pelajar MUSLIM ni lemah dalam akademik.
Tunjukkan kita boleh lebih cemerlang daripada mereka, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk,
Tapi untuk menunjukkan perasaan izzzah kita dengan Islam,
Kita boleh CEMERLANG, sebab akidah ISLAM yang sejahtera telah dipacakkan dengan kukuh didalam hati kita.
Kita boleh CEMERLANG, sebab kita mengambil al-Qur'an dan as-sunnah sebagai panduan hidup kita,
Kita boleh CEMERLANG, kerana kita mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita.
Kita boleh CEMERLANG, kerana kita mengamalkan akhlak Islam yang sepatutnya,
Kita boleh CEMERLANG kerana kita menundukkan diri kita hanya untuk Allah yang ESA dalam ibadah kita seharian..
Ya.. sekarang kutemui kunci kecemerlangan itu...
Now..berusaha untuk mencapai target..
Teruskan perjuangan di medan universiti ni..
Semoga Allah memberikan kecemerlangan pada hati-hati yang ikhlas belajar untuk meraih redha-Nya..
Amiin..
Thursday, March 19, 2009
PERKONGSIAN PROGRAM “LE TOUR DE FAMILY”
Assalamu'alaikum..
Sedikit perkongsian dengan semua..
maaf kalau guna ayat yang tak formal.
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2009 yang lepas,
beberapa akhawat dari usrah hajar,
usrah k.nad n tanzim telah bersama untuk menjayakan program Le Tour De Family
dengan mengadakan Ziarah ke Hospital Kajang.
Sedikit gambaran ziarah:
Bermula jam 2.30 pm kami decide utk sama-sama naik rapid di bus stop masing2 dari UKM, so akan jumpa kat dalam bas rapid.
Tapi, group akhawat dah terbahagi dua sebab ada yang sempat naik rapid dan ada yang tertinggal, so terpaksalah yang pegi dulu tunggu yang keciciran ni kat kajang. Then, dalam 3.30 baru semua orang dapat berkumpul di metro kajang.
Sampai di metro kajang, singgah ke giant untuk beli sedikit buah tangan utk para pesakit di hospital nanti.
Biasalah, akhawat beli apa lagi, coklat... utk kanak-kanak. Sebab kami plan nak g ziarah wad kanak-kanak.
Selesai membeli, plan utk jalan kaki ke hospital Kajang..
Tapi Allah dah tentukan yang terbaik, hujan semakin lebat, menyebabkan kami terpaksa mengambil teksi utk ke hospital..
Sampai di hospital kajang dalam jam 5pm, bergegas cari surau utk solat asar.
Then, kami solat asar berjamaah.
Selesai solat Asar, buat usrah jap...he..he..
Sesi ta'ruf dan sedikit peringatan dan tujuan program ziarah ni diadakan..
Utk perkongsian bersama:
"Adik-adik, tahu tak hari ni kita akan buat konsep redah rempuh ?"
..Kenapa??
"Sebab tak contact pun dulu dengan pihak hospital kita nak buat ziarah, he..he.."
"Lagipun, kita tak ramai, ok kot.."
Buat muka tenang, padahal dalam hati berdebar-debar takut kena halau dengan guard hospital.
"Banyakkan doa, selagimana niat kita ikhlas datang utk ziarah bagi sama-sama merasai kesusahan dan keperitan pesakit,
serta medan utk kita memuhasabah diri, dan utk meningkatkan rasa syukur kita pada Allah, InsyaAllah, Allah akan bantu dan permudahkan jalan utk kita"
Alhamdulillah, akhawat faham dengan konsep redah rempuh ni..
Sebelum masuk ke wad, akhawat dibahagikan kepada beberapa group dengan bekalan majalah, sticker comel dan coklat utk dibahagikan kepada para pesakit.
Then, sampai ke wad kanak-kanak dari umur 1- 12 tahun, ada mak guard duk tunggu depan pintu masuk..
Jeng..jeng..jeng...
Rasa berdebar-debar..takut tak boleh masuk..
"Makcik, nak masuk boleh? Kami nak ziarah pesakit."
Jawab mak cik Guard:
"Masuk..masuk..silakan"
"Memang pintu tu dibuka untuk masuk pun.."
Fuuh.. lega..
Alhamdulilah, syukur pada Allah yang memudahhkan urusan kami.
Masuk ke wad,
ok..ujian ke-2, nak minta permission daripada doktor plak..
Dengan muka yang manis, perkenalkan diri..
"Assalamu'alaikum, kami pelajar dari UKM Bangi, nak adakan lawatan ke wad ni, boleh ke?"
Doktor ni pulak yang nampak cuak.. dia ingatkan pelajar pelatih..
Selepas berbincang dengan pembantunya, kami dibenarkan jumpa dengan para pesakit.
Then, akhawat pun memulakan operasi bermu'ayasyah dengan pesakit dan keluarga pesakit..
Actually, pesakit dan keluarga pesakit sangat mengalu-alukan kedatangan kami,
Ada yang kena denggi, demam panas, asma, jangkitan kuman, dll..
Gambaran ketabahn terpancar dimata mereka disebalik kesakitan yang dihadapi
Bayangkan..anak-anak kecil yang baru nak belajar mengenali kehidupan,
Menghadapi kesakitan yang mungkin kita tak pernah rasa sebelum ni..
Tapi inilah yang dinamakn ujian..
Akhawat sekalian,
Mohon antum doakan anak-anak kecil ni sentiasa tabah dan tahan menghadapi penyakit yang mereka alami,
Sama-sama kita doa, anak-anak kecil ini bakal menjadi insan yang akan menyambung perjuangan kita,
Menyambung perjuangan dengan lebih hebat,
Kerana mereka telah merasai kesusahan dan keperitan hidup yang lebih hebat dari kita.
Doakan anak-anak kecil ini dapat membesar dalam suasana dan didikan Islam.
Kami bertolak balik dalam jam 6.30 pm ke UKM.
Sekian dahulu, wslam..
Monday, March 9, 2009
Coretan SEMPENA MAULIDUR RASUL – “SUNNAH TERAGUNG RASULULLAH SAW”
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay Bin Kilab bin murrah bi Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (Quraisy) bin Malik ibnul-Nadhr bin Kinanah bin Ma'ad bin Adnan. Mereka semua adalah anak cucu Nabi Ismail B. Ibrahim as.
Nama yang terpilih..
Ditengah-tengah kerosakan moral manusia yang sangat parah, risalah Muhammad saw datang.
Risalah yang dibawa menghimpun semua misi kerasulan dan kenabian sebelumnya.
Sekaligus sebagai penutup kerasulan dan kenabian sebelumnya.
Ini bererti kenabian Rasulullah Muhammad mencakupi keseluruhan kehidupan manusia didunia dari saat diangkatnya menjadi Rasul sehingga hari kiamat.
Allah berfirman:
"Tidaklah Kami utus engkau kecuali kepada seluruh alam menjadi pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan" (Saba':28)
Rasulullah juga diutus untuk menyempurnakan akhlak supaya menjadi contoh buat seluruh umat.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-ahzab:21)
Macam mana nak relatekan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan risalah teragung daripada Allah swt dengan kehidupan kita sekarang?
Dalam usaha Rasulullah untuk menyampaikan risalah Baginda, apakah agenda utama yang ditekankan?
Dalam manhaj nubuwwah, dakwah dan tarbiyyah merupakan agenda utama baginda Rasulullah saw sewaktu baginda memulakan dakwahnya di Mekah.
Dimana baginda memulakan tarbiyyahnya kepada sahabat2 awal yang memeluk Islam di rumah al-arqam b. abi arqam.
Sedarlah, betapa pentingnya tarbiyyah untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM!!
Negara ISLAM Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyyah oleh Rasulullah saw.
Kegemilangan di Badar tidak akan dicapai jika bukan dengan tarbiyyah.
Keutuhan daulah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al awa'iel yang ditarbiyyah.
Malah kelangsungan daulah di zaman khilafah Islam juga menjadi kuat kerana wujudnya RIJAL yang ditarbiyyah.
Dan keruntuhan khilafah ISLAM juga berlaku setelah MUSLIM melupakan tarbiyyah..
Dengan melihat kepada sirah perjuangan Rasululullah saw kita akan menemui sunnah Rasulullah yang teragung adalah dakwah & tarbiyyah.
Memang sakit dan perit, nak memulakan dengan dakwah dan tarbiyyah,
Sangat memerlukan pengorbanan yang banyak,
Namun inilah sunnatullah.
Nampak macam lambat, tapi inilah formula keberjayaan dakwah Rasulullah saw.
Memulakan usaha untuk meletakkan ISLAM dipuncak dengan permulaan dari bawah, iaitu pembinaan individu.
Rasullulah saw pernah bersabda:
"Duhai,alangkah baiknya kira aku dapat menjumpai ikhwanku. Para sahabat bertanya"wahai Rasulullah saw, siapakah ikhwanmu? Apakah kami termasuk dari mereka? Beliau bersabda "Tidak, Kalian adalah sahabat-sahabatku. Ikhwanku adalah orang orang yang datang setelah kalian, yang beriman kepadaku seperti keimanan kalian, membelaku sebagaimana pembelaan kalian. Duhai alangkah baik kiranya aku bisa menjumpai ikhwanku"
Adakah kita ikhwan yang disebut oleh baginda itu??
Nak tak jadi ikhwan yang disebut oleh Baginda??
Bersamalah kita berazam untuk melahirkan RIJAL-RIJAL yang "sanggup meletakkan hidupnya demi ISLAM jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya."
RIJAL-RIJAL yang tersemat dalam dirinya untuk meninggikan kalimah tauhid..
Sungguh.. kita akan merasa kenikmatan dalam keperitan ni,
Bayangkan dalam kehidupan Rasulullah,
Hakikatnya terdapat bunga-bunga keharuman dalam keperitan kehidupan baginda menyampaikan kebenaran ditengah-tengah kebatilan yang berleluasa di tanah arab.
Betapa baginda menjalani kehidupan yang benar-benar menuruti apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Kehidupan yang menjadi contoh teladan yang terbaik kepada generasi selepasnya sehingga kiamat.
Kehidupan yang penuh dengan erti perjuangan dan jihad dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah kepada sekalian manusia.
Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Ya Rasulullah, kami merinduimu…
Ya Rasulullah, kurniakanlah syafaatmu..
Wallahu'alam..
Saturday, March 7, 2009
MANISNYA BERADA DI JALAN INI..
Ya Allah,kuatkan aku. Lindungiku daripada berputus asa…
Alhamdulillah, selesai sudah program usrah gabungan untuk adik2 usrah di UKM.
Moga-moga Allah mengurniakan kefahaman ISLAM yang jelas dan berterusan untuk semua peserta melalui program bengkel fikrah Islam ni.
Dalam perjalanan pulang ke Darus Sakeenah yang disayangi, teringat seorang akhawat tertinggal 'purse'nya waktu program tadi.
Ni..la.. akhawat nak terkejar2 ke tempat praktikal, tertinggal 'purse' plak.
Tapi tersedar betapa besarnya pengorbanan yang diberi, sanggup datang ke program walaupun tengah praktikal tak kisahlah datang sekejap je pun.
Sambil dalam perjalanan pulang, meluahkan rasa pada K.Rose yang disayangi,
"Akak, saya rasa satu perasaan sayang kat akhawat, yang lain drpada sayang saya pada sahabat biasa".
"Sayangnya macam sayang kat adik beradik sendiri"
K.Rose jawab: "Bukan macam adik-beradik tapi lebih daripada adik-beradik sendiri".
"Hmm.. betul2, perasaan sayang yang tak boleh digambarkan dengan kata2, ianya lahir dari dalam hati"
"Hajar sayang mereka, tak pernah sangka yang mereka inilah orang2 yang sanggup bekerja bersama,fikir masalah sama2, memahami dan mengorbankan masa, tenaga bersama2"
Mungkin inilah nikmat kasih sayang sebagaimana yang Allah gambarkan dalam firmannya yang bermaksud:
"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, dia Mahaperkasa, Mahabijaksana" (al-anfal:63)
Akhawat, sesungguhnya Allah akan mempersatukan hati kita selagimana kita ikhlas berada di jalan perjuangan menyambung sunnah Rasulullah saw yang teragung iaitu "jalan dakwah" ni.
Seterusnya Allah akan memperkemaskan lagi ukhuwwah dengan mengurniakan fikrah yang sama dan akhirnya membawa kepada amal kita seharian.
Tak mustahil, bila kita berada di jalan da'wah, kita akan berasa perit, sakit, inilah yang dinamakan ujian untuk menapis hamba-hambanya yang betul-betul ikhlas dan inilah juga sunnatullah.
Dengan kesakitan inilah penawar dosa-dosa kita, dan seterusnya akan meningkatkan iman dan taqwa.
Sesunguhnya "UKHUWWAH" ini bekalan yang sangat berharga dalam menempuh ujian dan cabaran hidup.
Semoga kita thabat di atas jalan ini..
Wallahu'alam.