Total Pageviews

Wednesday, April 15, 2009

IMPIAN “AL-FARUQ”



Para ulama seerah telah mengisahkan bahawa pada suatu hari Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. dan beberapa orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat, kemudian katanya: “Wahai para sahabatku, berangan-anganlah..!” Salah seorang sahabat berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki wang dirham (perak) yang dapat memenuhi tempat ini, kemudian wang tersebut saya pergunakan untuk perjuangan di jalan Allah.” Dan orang kedua juga berangan-angan ingin memiliki wang dinar (emas) yang sebanyak tempat tersebut kemudian dibelanjakan di jalan Allah. Kemudian khalifah Umar r.a. berkata, “Saya berangan-angan ingin memiliki orang-orang yang banyak (berkualiti) seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”

Apakah isi tersirat yang terkandung di sebalik impian al-Faruq ini??

Pembinaan rijal-rijal yang meletakkan Redha Allah sebagai matlamat utama dalam hidupnya.

Siapakah rijal-rijal ini?

Rijal-rijal yang menanamkan Islam dengan teguh dalam jiwanya, mantap didalam hatinya. Iaitu Muslim yang bersedia mengorbankan jiwa dan raganya demi Islam. Bukannya mereka yang hanya melaungkan kekuatan semangatnya hanya semata-mata diluaran dan pada bicaranya sahaja.

Terdapat kaedah mudah yang boleh dijadikan KPI (Key Performance Index) untuk mengukur peringkat pertama dalam usaha pembinaan rijal-rijal yang berkualiti iaitu:

10 ciri individu Muslim (Muwasafat Tarbiyyah)

1. Akidah yang sejahtera

2. Ibadah yang sahih

3. Akhlak yang Mantap

4. Mujahadah melawan nafsu

5. Berpengetahuan (berilmu)

6. Sihat tubuh badan

7. Teratur urusannya

8. Berdikari

9. Menjaga masa

10. Bermanfaat kepada orang lain

Adakah sudah terdapat dalam diri kita kesemua 10 ciri diatas??

“Muhasabah Kita Bersama…”