Total Pageviews

Friday, February 10, 2012

ROH BARU DARUS SAKEENAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama, tuan punya badan tak menjenguk blog ni, terasa teringin untuk menulis sesuatu disini.
Sambil mendengar alunan irama lagu "Law Kaana Bainana", hati ini Termotivasi untuk mencoret sedikit perkongsian setelah sekian lama menyepi.

2012 - Terasa cepat masa berlalu, dah masuk 2012, macam-macam perkara yang berlaku sepanjang penulis bercuti daripada menulis di blog ni. Antaranya perkara yang besar yang sangat pentting adalah perpindahan lokasi Darus sakeenah.Actually perpindahan ini terlalu banyak signifikan dan kesannya kepada ahli2 DS. Sebagai kakak yang sulung dalam rumah tu, adalah menjadi tanggungjawab dan amanahku untuk menjaga kebajikan adik2 DS sebaik yang mungkin. Kuharap tiada bebanan yang ditanggung oleh adik2 DS, ingin memberi yang terbaik untuk mereka supaya mereka rasa selesa berada dalam rumah jamaah yang asasnya dibina untuk menjadi tempat pengumpulan hati-hati yang ikhlas bekerja untuk membangunkan ummah.

Pada mulanya, memang terasa sangat berat untuk membuat keputusan pindah rumah, namun atas faktor ketidakmampuan kami menanggung kos yang agak tinggi, dengan hati yang berat kami membuat keputusan untuk pindah. Alhamdulillah, nampaknya keputusan pindah rumah adalah keputusan yang terbaik untuk kami walaupun pada awalnya terasa sangat-sangat berat untuk menerima kenyataan. Rumah yang penuh dengan nostalgia dan kenangan, dimana aku bersama kakak2 dan akhawat (yang kebanyakannya dah takde di DHL sekarang) yang mana kami banyak menghabiskan masa di sana untuk membincangkan soal dakwah dan tarbiyah IPT di sekitar Hulu Langat. Namun, ianya cuma sebuah rumah, roh tarbiyah yang disemai disana akan kami bawa bersama dalam rumah yang baru, insyaAllah dengan azam berusaha untuk menyerlahkan lagi sinarnya agar dapat menembus hati penghuni-penghuni di dalamnya.

Setelah berpindah, alhamdulillah banyak perubahan yang kunampak berlaku pada ahli2 DS sekarang. Mungkin masing2 berada di persekitaran baru, mungin terasa segar berbanding rumah yang dulu. Alhamdulillah ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami.

Setakat ni, kami berusaha untuk menghidupkan DS yang baru dengan mengadakan kateebah berkala setiap rabu MaLam yang diisi dengan slot tazkirah (cuba menghabiskan buku karangan Mustafa Masyhur - Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah), berqiamullail, iftar, etc..semoga ianya konsisten, insyaAllah. Nak jugak cuba jemput penceramah luar sebulan sekali bagi pengisian, tapi belum berkesempatan, insyaAllah akan diusahakan.

DS sekarang pun, nampaknya makin ramai pengunjung. Boleh dikatakan setiap hari ada je tetamu yang datang berziarah, insyaAllah dengan ziarah tetamu ke DS bertambah-tambahlah keberkatan untuk rumah ni.Jiran-jiran sekitar pun nampak ok, w/pun most of our jiran chinese.

Namun, yang paling penting, hubungan dikalangan kami semakin erat. Ukhuwwah yang dirasai semakin terserlah...banyak juga masa yang diluangkan untuk bersama walaupun masing2 sibuk dengan urusan masing2. ALhamdulillah, semuanya atas pertolongan Allah.

Semoga keadaan begini berterusan dan begitulah yang kuharapkan. Sehingga satu masa nanti bila dah tiba masa untuk aku tinggalkannya, ku dapat tinggalkannya dengan hati yang tenang.

Akhir sekali, yang pasti, penulis yakin setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah dan perancangan yang terbaik untuk hambaNya...
Alhamdulillah Ya Allah dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..

p/s: Tak sabar nak pergi Honey Moon DS ke Utara...nak pergi memancing ikan kat sawah..he..he..

Wednesday, July 13, 2011

"NIKMATNYA..SYURGA"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kadangkala kita akan diuji dengan keadaan yang sangat berat, ujian yang datang menyebabkan diri sangat lelah untuk bernafas..
Menyebabkan diri sangat penat untuk berhadapan dengan realiti kehidupan.
Namun, yakinlah, Allah memberi mengikut kadar kemampuan hambaNya.
Bagi diri ini, saat diri diuji dengan ujian kelelahan yang amat sangat,
Ku yakin, dengan ujian itu, Allah ingin memberi ganjaran pahala dan rahmat disisinya dan menghantarkan diri ini menjadi hamba yang sangat dekat denganNya.
Cukuplah dengan ku meyakini janji syurga yang disampaikan Allah dengan gambaran yang sangat indah...

"Siapa pun yang masuk syurga, maka ia akan merasakan KENIKMATAN & tidak akan menderita. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan habis. Di syurga terdapat hal-hal yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia." (HR Muslim & Ahmad).

...Ya Allah, aku sangat rindu ke syurgaMu..Kau hantarkanlahku kesana dengan rahmat dan kasih sayangMu...

Monday, June 20, 2011

KENYATAAN IKRAM SELANGOR SEMPENA PELANCARAN SAMBUTAN HARI BAPA 2011

PELANCARAN SAMBUTAN HARI BAPA 2011


(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Surah Luqman : 16 )



"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
( Surah Luqman : 17 )

Peranan bapa dalam pembinaan keluarga dan proses pembesaran anak-anak adalah cukup penting terutama dalam zaman serba mencabar ini. Jika dahulu kebolehan bapa memimpin dan mengurus keluarga adalah sesuatu yang dianggap lumrah atau tabii. Namun dalam dunia yang serba kompleks kini kebapaan adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai.

Gejala negatif yang melanda institusi rumahtangga pada hari ini adalah berpunca daripada lemahnya kepimpinan seorang bapa sebagai ketua keluarga. Dalam keadaan sedemikian kewibawaannya sering dipersoal dan mereka tidak lagi dilihat sebagai contoh oleh anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terutamanya remaja tercari-cari ‘hero’ yang boleh mereka banggakan. Ketiadaan bapa sebagai ‘hero’ mendorong anak-anak mencari orang luar yang diharap dapat mengisi peranan tersebut. Keadaan ini menyebabkan seringkali anak remaja terpedaya oleh pihak yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberi oleh remaja.

Kesan peranan bapa terhadap anak-anak apabila mereka mendirikan rumahtangga kelak cukup besar. Seorang anak lelaki pastinya menjadikan bapa sebagai ‘role model’ apabila mereka beristeri kelak. Sikapnya sebagai seorang suami terhadap isteri akan dicorakkan oleh cara ibunya disantuni oleh bapa. Begitu juga anak perempuan akan mengambil bapa sebagai contoh dalam memilih bakal suaminya. Bahkan kesan ke atas anak perempuan lebih besar. Kajian menunjukkan remaja perempuan yang bermasalah dan terjebak dengan pergaulan bebas selalunya dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa atau tidak mendapat perhatian atau kasih sayang seorang bapa.

Peranan tradisional seorang bapa yang dihormati dan ‘ditakuti’ pada zaman dahulu mungkin tidak boleh dipertahankan lagi. Bapa yang bersikap ‘authoritarian’ dan cuba mengawal keluarga atas dasar otoriti semata-mata akan melahirkan anak-anak yang melawan dalam diam atau secara terbuka. Sebaliknya panduan kebapaan yang digariskan di dalam Islam seperti yang diungkapkan oleh Sayidina Ali R.A. iaitu untuk bermain, mendisiplinkan dan berkawan dengan anak-anak pada tahap umur yang bersesuaian adalah lebih tepat. ‘Berkawan’ dengan anak adalah satu skil yang perlu dikuasai oleh para bapa pada hari ini. Mereka perlu memahami sedikit sebanyak laras bahasa yang digunakan oleh remaja. Bahkan seorang bapa harus menguasai sedikit sebanyak gajet-gajet teknologi dan medium komunikasi terkini yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan remaja. Seorang bapa pada hari ini wajar memiliki akaun dalam laman sosial Facebook untuk berinteraksi dengan anak-anak dalam pelbagai situasi dan kesempatan. Kemahiran-kemahiran seperti ini yang memungkinkan seorang bapa ‘keep pace’ atau mengikuti perkembangan dan seterusnya memberi panduan kepada anak-anak dalam melalui liku-liku kehidupan yang didepani oleh anak-anak remaja.

Di samping para bapa membuat anjakan-anjakan paradigma untuk memainkan peranan sebagai bapa yang versatil di zaman ini, mereka juga memerlukan empati dari anggota keluarga dan masyarakat. Seorang bapa dewasa ini harus diberikan ruang yang luas untuk merealisasikan peranan kebapaan tersebut. Mereka memerlukan sistem sokongan yang bersesuaian dengan fitrah dan ego lelaki mereka. Satu mekanisme seumpama sistem sokongan harus diwujudkan bagi para bapa membuat perkongsian. Mereka tidak perlu terus dikritik di atas kepincangan-kepincangan yang melanda masyarakat seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka sebagai punca utama. Di saat pelbagai keperluan wanita diraikan seperti mewujudkan agensi-agensi khusus mengenai wanita, kumpulan-kumpulan sokongan dan kemudahan-kemudahan khas untuk wanita, golongan lelaki/bapa seolah-olah dilihat mampu mendepani cabaran secara bersendirian atas alasan bahawa mereka adalah pelindung wanita. Mereka diandaikan sebagai gender yang gagah dan maskulin serta bersedia untuk menghadapi apa juga situasi bersendirian tanpa sebarang sokongan moral dan material. Senario seorang lelaki yang gagah dan tangkas di luar sebagai imej lelaki mandiri mungkin benar di masa lalu. Namun lelaki/bapa yang akan bertahan di zaman ini bukanlah lelaki yang nampak gagah dari sudut fizikal tetapi rapuh dari sudut ketahanan jiwa. Di sinilah inisiatif boleh diwujudkan untuk memperkasa jiwa sebagai pelengkap skil atau kemahiran kebapaan di kalangan para bapa pada hari ini.

Menyedari hakikat pentingnya para bapa diperkasakan dan diberi pengiktirafan yang setimpal ke atas peranan mereka yang besar, maka Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Selangor bersama Wanita IKRAM Selangor dengan sokongan padu dari Exco Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program sambutan Hari Bapa 2011 dengan tema ‘Bapaku Heroku’. Inisiatif ini bertujuan untuk mempopularkan kembali peranan aktif bapa dalam menguruskan keluarganya dan memastikan keluarganya berada dalam keadaan sejahtera baik dari sudut fizikal, mental dan spiritual. Kepimpinan seorang bapa yang berwibawa pastinya menjadi contoh ikutan kepada anak-anak pada hari ini yang bukan sahaja dahagakan kasih sayang seorang bapa bahkan tercari-cari ‘role model’ untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.




Dengan premis yang digariskan di atas maka IKRAM Negeri Selangor merumuskan Objektif Hari Bapa 2011 seperti berikut:

1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab bapa dalam pembangunan keluarga.
2. Memberikan pendedahan kepada golongan bapa tentang pentingnya keperluan dan kemahiran kebapaan yang mesti dikuasai.
3. Mewujudkan jalinan hubungan di antara agensi-agensi yang relevan untuk memperkasa bapa dan skil dan kemahiran kebapaan.
4. Memupuk kesedaran bapa sebagai ‘role model’, terutama kepada anak-anak remaja yang mencari-cari ‘idola’ hidup mereka.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya peranan bapa maka penanda buku bertemakan hari bapa telah dikeluarkan oleh penganjur. Penanda buku ini akan dibekalkan di kesemua cawangan IKRAM di 13 daerah di negeri Selangor dan akan diedarkan kepada orang ramai di tempat-tempat awam seperti taman rekreasi, pusat membeli belah, medan selera dan tempat-tempat di mana keluarga berkumpul.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan Forum Hari Bapa yang bertemakan ‘Bapaku Heroku’ yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2011. Forum ini membariskan tiga ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang kekeluargaan. Mereka akan membicarakan topik tersebut dari sudut pandang masing-masing sebagai seorang bapa, ibu dan anak. Juga satu program ‘Explorace’ yang bertema ‘Father You R the Man’ akan menyusul selepas Forum dengan aktiviti yang bertujuan untuk memupuk dan memperbaharui hubungan di antara bapa dan anak remaja. Orang ramai dijemput untuk bersama dalam program-program tersebut.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor

Tuesday, June 7, 2011

NAFAS YANG BARU...

Assalamu'alaikum..

Setelah sekian lama blog ini tidak bernafas,
sempena bulan Rejab ini diharapkan blog yang berwajah baru ini akan selalu diupdate oleh pemiliknya. InsyaAllah, semoga diberi ilham dan kelapangan masa utk ku berkarya buat ummat!!

-pejuang kebenaran-

Thursday, December 23, 2010

TELITI DALAM BERDAKWAH

Assalamualaikum WBT.

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah." (QS Al Mulk : 3-4)

Perkataan "Itqaan" memberi makna :

1. Teliti.

2. Profesional.

3. Bersungguh-sungguh.

4. Serius.

5. Rapi.

6. Sempurna.

Tidak ada di dalamnya main-main. Semua perbuatan Allah adalah "mutqin". Maka oleh sebab itu segala ciptaanNya sangat sempurna.

Ayat di atas menggambarkan salah satu contoh dari kesempurnaan ciptaan Allah.

Imam As Suyuthi menulis sebuah kitab berjudul "Al Itqan Fi Ulumil Qur’an” (Ketelitian Dalam Ilmu Al Qur'an) dan sesiapapun yang membaca kitab tersebut benar-benar faham bahwa kitab tersebut mencerminkan judulnya.

Apa sahaja yang berkenaan dengan ilmu-ilmu Al Qur'an dibahas oleh Imam As Suyuthi secara mendalam. Bukan setakat itu, kitab ini juga sangat lengkap, mencakupi berbagai pembahasan yang berkenaan dengan ilmu-ilmu tentang Al Qur'an.

Para ulama' mengatakan bahwa kitab inilah yang pertama kali dengan secara sempurnanya membahas tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al Qur'an. Sesiapapun yang ingin memahami seluk-beluk Al Qur'an, sangat di anjurkan membaca kitab ini.

ALLAH TIDAK PERNAH MAIN-MAIN

Ayat di atas menggambarkan betapa Alah swt dalam menciptakan langit benar-benar rapi dan seimbang serta tidak ada cacat sedikitpun.

Perhatikan bagaimana Allah swt mencabar siapa sahaja untuk melihat secara berulang kali.

Lihatlah dengan kaca mata biasa atau lihatlah dengan kaca mata teknologi yang paling canggih. Itu semua akan membuktikan bahwa penciptaan langit benar-benar sempurna.

Dari ayat di atas nampak jelas beberapa makna yang penting untuk kita fahami dalam pembahasan ini :

PERTAMA : ALLAH SWT TIDAK PERNAH MAIN-MAIN DALAM SEGALA CIPTAANNYA.

Setiap ciptaan Allah di alam semesta ini adalah mengkagumkan. Maka sungguh tidak masuk akal jika kemudiannya manusia bersifat main-main dan tidak bersungguh-sungguh untuk mentaati Allah swt.

Cuba kita renungkan, apakah alasan untuk kita bersikap main-main?

Adakah akal kita yang sihat akan mengatakan bahwa semua ciptaan yang sedemikian agung ini tujuannya hanya untuk

1. Ditertawakan?
2. Dipersia-siakan?

Sebegitu serius Allah menciptakan langit, lalu kemudian manusia yang hidup di bawahnya tidak pernah memperhatikannya.

Kalaupun memperhatikannya dan melakukan penelitian untuknya tetapi semua penelitian itu tidak ke arah untuk mengenal PenciptaNya melainkan hanya sekadar untuk menjadi dokumentasi pengetahuan semata-mata.

Yang lebih malang lagi, adalah justeru setelah menyaksikan keagungan angkasa raya, malah mengatakan semua itu terjadi dengan sendirinya, tanpa ada yang menciptakanNya, Naudzubillah.

Benarkah kerapian sistem yang demikian luar biasa ini terjadi dengan sendirinya?

Akal sihat yang mana yang mahu menerima pernyataan bahwa itu terjadi dengan sendirinya?

Di dalam Al Qur'an, Allah swt sentiasa mengingatkan tentang bukti-bukti keagungan ciptaanNya supaya manusia tahu bahwa tidak mungkin itu terjadi tanpa ada yang menciptakannya.

Dalam surah Ar Rahman, Allah swt secara khusus mengulang-ulang pertanyaan untuk menggugah akal manusia agar manusia melihat semua itu kerana Allah swtlah yang mengaturnya. Bahkan pertanyaan-pertanyaan itu diulang sampai 31 kali dan di antara yang Allah sebutkan adalah penciptaan langit.

Allah swt berfirman :

"Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu." (QS Ar Rahman : 7-9)

Sungguh luar biasa keseimbangan yang Allah tegakkan dan kerana itulah Allah berpesan dalam ayat ini :

Janganlah sekali-kali kamu melanggar keseimbangan ini kerana sedikit sahaja kita melanggar, pasti akan membawa malapetaka, tidak sahaja kepada lingkungan di mana kita hidup, tetapi kepada diri kita sendiri. Akibat yang lebih jauh, Allah sangat murka kepada orang-orang yang tidak mahu ikut aturan yang telah Allah letakkan.

Kemurkaan Allah (kalau tidak segera diiringi dengan taubat) tentu secara gilirannya dilanjutkan dengan azabNya.

Itulah yang pernah Allah tunjukkan kepada kaum Aad, Thamud dan Fir'aun.

Perhatikan betapa setiap perbuatan yang diasaskan atas sikap main-main pasti akan membawa malapetaka terhadap kemanusiaan. Oleh kerana itu tidak ada pilihan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah kecuali bersungguh-sungguh dengan penuh keseriusan tanpa sedikitpun main-main.

KEDUA : ALLAH MENCABAR SESIAPAPUN UNTUK BENAR-BENAR MENILAI KERAPIAN CIPTAANNYA.

Mengapa?

Ini adalah supaya manusia tahu bahwa semua itu tidak patut dibalas dengan sikap main-main. Tapi sayangnya, masih ramai bahkan majoriti manusia yang bersikap main-main.

Oleh kerana itu, seorang mu'min dalam menegakkan ibadah kepada Allah jangan bersikap mudah atau "Take it for granted".

Dalam pembukaan surah Al Mu'minun ketika Allah swt menyebutkan ciri-ciri orang beriman yang hakiki, menyebutkan di antaranya bahwa solat mestilah khusyu' dan bukan sekadar melaksanakan gerakan solat.

Imam Ibnu Taimiyah mengatakan dalam kitabnya "Majmu' Fatawa", bahwa khusyu' dalam solat merupakan kualiti yang mesti dicapai.

Oleh sebab itu, Allah swt dalam surah Al Mu'minun tersebut menjadikannya sebagai syarat untuk mencapai kebahagiaan. Ertinya seseorang tidak akan dapat meraih kebahagiaan jika solatnya tidak khusyu'.

Dalam banyak ayat mengenai solat, Allah swt sentiasa menggunakan perkataan "aqaama – yuqiimu" yang ertinya "menegakkan" .

Dalam pembukaan surah Al Baqarah misalnya Allah swt berfirman: "wayuqiimuunash shalaata".

Mengapa Allah tidak berfirman : "wayushalluuna" ?

Imam Al Jashshash dalam tafsirnya "Ahkamul Qur'an" membahas rahsia ungkapan ini secara mendalam dan panjang lebar.

Kesimpulannya bahwa di dalam perkataan "aqaama-yuqiimu" terkandung makna kemestian menegakkan dengan serius dan bersungguh-sungguh. Maksudnya bahwa seseorang dalam menegakkan solat mesti benar-benar memenuhi hak-hak solat seperti :

1. Menegakkan rukun-rukunnya.
2. Khusyu'nya.
3. Ketepatan waktunya.
4. Dikerjakan secara berjamaah di masjid.
5. Wudhu'nya pun sebagai syarat sahnya.
6. Tempat dan pakaian mesti bersih dan suci.

Semua itu adalah gambaran dari kesungguhan seseorang dalam menegakkan solat.

KEPERLUAN KETELITIAN DALAM BERDAKWAH

Bila dalam ayat di atas Allah swt menunjukkan bahwa segala ciptaanNya sangat rapi, itu juga menunjukkan bahwa tidak sepatutnya seseorang dalam menyembah Allah bersikap bermudah-mudah.

Apalagi dalam berdakwah kepadaNya yang segala gerak geri dan arahnya sangat berkaitan dengan selamat atau tidaknya orang yang didakwahkan itu.

Maksudnya :

1. Apabila seseorang berdakwah ke jalan yang salah, berapa ramai manusia yang tersesat kerananya.

Sebaliknya :

2. Apabila seseorang berdakwah ke jalan yang benar, maka sungguh begitu ramai manusia yang akan menikmati buah keselamatan kerananya.

Para ulama’ dahulu memang terkenal dengan ketelitian dan kerapian dalam :

1. Mencari ilmu.
2. Mendokumentasikan ilmu.
3. Mengamalkan ilmu.

Pelbagai kitab yang mereka tulis dalam berbagai bidang seperti tafsir, hadits, kedoktoran, sejarah dan sebagainya semuanya mencerminkan bahwa itu semua merupakan buah kerja keras yang sangat serius dan bukannya kerja main-main dan bermudah-mudah.

Semua itu lahir dari ruh kesedaran terhadap amanah yang kelak di hari Kiamat pasti akan dipertanggungjawabkan. Mereka takut kalau-kalau ternyata ilmu yang mereka berikan itu salah atau tersasar dari landasan yang sebenar.

Oleh kerana itu banyak kisah-kisah yang sangat memberi kesan tentang perjuangan mereka dalam berdakwah dan mencari Ilmu.

Disebutkan bahwa Imam Ahmad bin Hanbal pernah berjalan kaki sejauh 30 ribu batu untuk mencari hadits.

Disebutkan juga bahwa Imam Ibnu Hibban belajar hadits dari 2,000 syaikh.

Di lapangan dakwah pula, kita tidak dapat melukiskan dengan kata-kata bagaimana agungnya pengorbanan para sahabat, para tabiin dan para ulama' untuk mengajarkan dan menyebarkan ajaran Allah di muka bumi. Tidak terhitung dari mereka yang :

1. Mati syahid dalam berbagai pertempuran kerana membela agama Allah.
2. Meninggalkan tanah air mereka untuk mengajarkan hukum-hukum Allah.
3. Meninggal dunia di tempat yang jauh dari negeri kelahiran mereka.

Bila kita teliti dari perjuangan Rasulullah saw, para sahabat dan para salafush soleh dalam berdakwah, ada beberapa ciri yang menunjukkan ketelitian dan kerapian yang mereka lakukan.

1. Mereka benar-benar serius mencari ilmu dan mengajarkannya. Mereka tahu bahwa agama ini tidak mungkin tegak tanpa kefahaman yang benar. Oleh kerananyalah masalah ilmu bagi para ulama' adalah asas utama yang mesti dicapai sebelum langkah-langkah lainnya.
2. Mereka benar-benar faham Islam secara komprehensif, oleh kerana itu mereka mengajarkan agama Islam secara utuh, bukan secara juz'iah.
3. Mereka benar-benar berkorban waktu, fikiran, tenaga dan bahkan jiwa raga dalam usaha untuk menyebarkan ajaran Allah.
4. Mereka benar-benar jujur dalam berdakwah, ertinya mereka tidak hanya mengajak orang lain mentaati Allah melainkan mereka sendirilah terlebih dahulu bersungguh-sungguh mengamalkannya.
5. Mereka benar-benar faham bahwa dakwah bukan hanya kata bicara dan pidato semata-mata bahkan ianya suatu kesungguhan bergerak secara kolektif dan kerjasama dalam bentuk organisasi yang rapi.
6. Mereka benar-benar berusaha menyatukan umat Islam bukan memecahbelahkan di antara mereka kerana mereka tahu bahwa keberkatan dan pertolongan Allah akan turun ketika umat ini bersatu.
7. Mereka tahu bahwa dakwah yang benar adalah ajakan secara istiqamah untuk mengamalkan Islam bukan ajakan fanatik kepada golongan.
8. Mereka benar-benar ikhlas dalam beramal menyebarkan Islam kerana mereka tahu bahwa kunci kejayaan dalam mendapatkan kemenangan adalah ikhlas. Lebih jauh lagi bahwa syaitan tidak akan mampu untuk menghalangi langkah-langkah dakwah selama mana para pendakwah berjiwa ikhlas.

Inilah beberapa ciri "itqaan" dalam berdakwah, maka dari sinilah nampak suatu kemestian membangun ruh ketelitian dan kerapian dalam beramal di lapangan dakwah yang merupakan satu prinsip yang tidak boleh dipandang ringan.

Ya Allah, kurniakanlah sifat "itqaan" dalam kami melaksanakan segala tanggungjawab yang telah dipikul oleh kami sehingga kami tetap istiqamah dan berterusan dengan usaha-usaha dan amalan-amalan kami walaupun kecil dari pandangan manusia kerana kami yakin bahwa kebesaran sesuatu amal itu bergantung kepada keikhlasan yang mengiringinya serta niat untuk mencapai keredhaanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Sumber: WAS, IKRAM SELANGOR.

Wednesday, December 15, 2010

Kenyataan Rasmi: PACE sokong pendirian HAMAS

PACE mengucapkan tahniah kepada Harakatul Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS)
atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember.
HAMAS muncul secara rasmi di persada tanah
air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun
1987 sempena tercetusnya Intifadhah pertama
yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut.
Intifadah telah mengambalikan perjuangan
Palestin di atas landasannya yang sahih iaitu
jihad tanpa kompromi untuk membebaskan
seluruh bumi Palestin dari cengkaman dan
pendudukan haram Zionis israel semenjak
tahun 1948.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh di dalam ucapan
sambutan ulang tahun penubuhan HAMAS
menegaskan bahawa mereka sekali-kali tidak akan
mengiktiraf bahkan tidak mengakui kewujudan
Israel sebagai entiti haram di atas bumi palestin.
Pendudukan haram israel tidak akan berlanjutan di
masa hadapan dan seluruh bumi palestin dari laut
(Mediterranean) ke sungai (Jordan) akan
dibebaskan. "from the sea to the river; from 'Rosh
haNikra to Rafah'. Sehubungan dengan itu beliau
memuji jihad bersenjata yang diterajui oleh sayap
ketenteraan HAMAS iaitu Brigade al-Qassam yang
sehingga kini telah berjaya membunuh 1,349
tentera zionis. Beliau juga memberi pujian kepada
usaha penentangan di Iraq dengan menegaskan
bahawa jalan perjuangan bagi umat Islam dalam
menghadapi musuh-musuhnya hanyalah dengan
jihad fi sabilillah. Sanjungan juga dikalungkan
kepada Syeikh Raed Salah, pemimpin gerakan
Islam palestin 1948, yang mengambil
tanggungjawab jihad mempertahankan Masjid al-
Aqsa dan al-Haram As-Syarif al-Quds, yang
dibebaskan dari penjara Israel. Beliau juga
merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat
Palestin yang hidup di wilayah palestin 1948 yang
disifatkan hidup di dalam 'perut raksasa'
(Levathian- biblical sea monster)

Dalam semangat yang sama beliau menyeru kepada
Mahmud Abbas dan kelompok Fatah supaya tidak
lagi bersekongkol dengan regim Zionis Israel
dengan mengadakan kerjasama keselamatan dan
mengadakan rundingan damai yang ternyata sia-sia
dan merugikan perjuangan rakyat Palestin. Mereka
diajak supaya kembali kepada usaha sebenar yang
akan membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya
iaitu jihad atau penentangan.

Ismail Haniyeh juga menegaskan bahawa hak
rakyat Palestin untuk pulang adalah hak asasi yang
tidak bolih dipertikaikan oleh sesiapa. ia adalah hak
mutlak rakyat Palestin yang terusir untuk kembali
ke tanah air dan kampung halaman mereka.

PACE dengan ini menyokong penuh seruan dan
saranan Perdana Menteri Ismail Haniyeh untuk
tidak mengiktiraf Israel, meneruskan jihad ke arah
pembebasan palestin dan hak rakyat Palestin untuk
kembali ke tanah air mereka di bumi palestin.

PACE dengan ini mengiktiraf bahawa setiap
inci bumi palestin yang terjajah semenjak tahun
1948 adalah bumi Palestin yang sah dan wajib
dikembalikan kepada rakyat Palestin.

PACE menolak penubuhan negara Palestin
berdasarkan sempadan tahun 1967 seperti yang
diistiharkan oleh Mahmud Abbas. bagi PACE,
pendirian kami adalah selaras dengan HAMAS
iaitu negara Palestin berdasarkan sempadan tahun
1967 boleh diterima sebagai status sementara
negara Palestin (berdasarkan resolusi 242 Majlis
Keselamatan PBB 1967) dengan mewujudkan
gencatan senjata bersama negara haram Israel untuk
satu tempoh yang disepakati.

PACE menyeru semua pihak terutama kelompok
Fatah yang menerajui PNA (Pihak Berkuasa
Palestin) supaya berhenti meletak sebarang harapan
kepada rundingan damai yang ternyata tidak
memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan
pembebasan Palestin. PACE mengingatkan
'rundingan damain' hanyalah perangkap yang
dipasang oleh zionis dan sekutunya US untuk terus
meredam bumi Palestin dalam pendudukan dan
cengkaman yahudi zionis secara berterusan.

PACE menyeru umat islam seluruh dunia
supaya bersatu di atas kalimah Lailahaillah dan
melaungkan slogan 'al-jihad fi sabiluna' - jihad
adalah jalan kami demi mempertahankan tanah suci
umat Islam dan Masjid al-Aqsa.

PACE juga mengambil kesempatan ini untuk
menyatakan penghargaan yang tidak terhingga
kepada masyarakat sipil (madani) yang terdiri dari
kalangan NGO dan palbagai inisiatif lain yang
diterajui oleh warga dunia, samada di kalangan
muslim dan bukan Islam yang telah menyumbang
tenaga, kewangan bahkan meletakkan nyawa
mereka dalam keadaan terancam melalui misi-misi
penghantaran bantuan makanan, ubat-ubatan dan
lain-lain keperluan asas yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang terkepung dan dikenakan
sekatan oleh regim kebinatangan zionis (Laknat
Allah atas mereka semuanya). Usaha-usaha ini
yang dijelmakan oleh VP (Viva Palestina), IHH
(Turki), yang turut disertai oleh VPM, Aqsa Syarif,
Haluan Palestin di Malaysia baik melalui Flotila
LL4G (Lifeline for Gaza) di atas kapal Mavi
Marmara, LandConvoy VP5 yang diterajui oleh
VPM dan Aqsa Syarif (Aqsa2Gaza).

PACE juga mengucapkan tahniah kepada
Muasassah al-Quds Malaysia yang rasmi
penubuhannya pada 12 Disember 2010, sebagai
cawangan kepada Muasassah al-Quds pusat yang
diterajui oleh as-Syeikh Prof Dr Yusuf Al-
Qardhawi. Penubuhan Muassasah al-Quds yang
berjaya menggabungkan parti-parti politik baik
parti politik pemerintah mahupun parti-parti bukan
pemerintah dan juga pelbagai NGO seperti
IKRAM, Aqsa Syarif, Syura, Haluan Palestin,
PGPF, Aman Malaysia dan banyak lagi pertubuhan
yang bakal bersama adalah petanda jelas bahawa
rakyat Malaysia akan menyertai warga dunia dalam
satu keluarga antarabangsa yang bersiap sedia
untuk membebaskan bumi palestin dan cengkaman
zionis israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah
PACE (Palestine Centre
of Excellence)

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa
Syarif

14 Disember 2010

Monday, November 29, 2010

ANAK SINGA

Pemuda-pemuda Islam generasi ini,
Ibarat anak singa……

Anak singa yang dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat….
Anak singa yang diajar mengikut hawa nafsu serakah……

Anak singa yang karam dalam kerseronokan….
Anak singa yang tenggelam dalam hiburan dan kemewahan hidup….
Anak singa yang menjadi mangsa system pendidikan jahiliyah dan taghut…

Anak singa ini,
Akhirnya menjadi kijang pengecut,
Yang tidak lagi mampu menerkam….

Kijang-kijang ini tidak lagi mahu memikul apa-apa tanggungjawab,
Dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya…!

Mereka diperhambakan dan dipenjarakan,
Lalu mereka bergembira.

Namun,
Di celah-celah kijang pengecut….
Masih ada anak singa yang diasuh menjadi singa sejati…

Anak singa ini didik menjadi singa-singa Islam,
Anak singa ini diajar supaya mengikut jejak langkah singa-singa Islam,
Dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam abad pertama…

Anak singa ini yang dahulunya tertidur,
Kini sudah terjaga dari tidurnya…

Yang sedia menerkam segenap penjuru jahiliyah dan taghut…
Yang bersedia untuk mencalar dan mencakar musuh – musuh Islam,
Yang bersedia untuk meroboh tiang tirani yang memenjara…
Lalu membebaskan diri daripada perhambaan kepada sang penakluk,
Menuju perhambaan kepada Rabbnya yang satu……
Kerana anak singa ini ….
Kini sudah tahu menggunakan kekuatan kuku dan taringnya yang tajam,
Untuk merobek segala kepalsuan jahiliyyah yang ditanam sekian lama….

Kerana anak singa ini…..
Kini sudah tahu menmggunakan pandangannya yang bersinar lagi tembus,
Untuk menyaksikan luka-luka umat yang amat memeritkan dalam dunia Islam kini….

Kerana anak singa ini….
Kini juga sudah tahu menggunakan otot-otot dan kakinya yang gagah,
Untuk maju memimpin gerombolan anak-anak singa Islam yang berani…

Anak-anak singa ini kan terus mara,
Demi mengejutkan anak-anak singa lain yang masih tidur,
Dan menukarkan kembali kkijang pengecut kepada anak –anak sing…

Anak-anak singa ini kan terus bersama,
Demi mempertahan dan menghidupkan kembali,
Kisah singa Islamyang kian terpadam berabad alam…
Dengan ngauman Allahu Akbar!!