Total Pageviews

Wednesday, December 15, 2010

Kenyataan Rasmi: PACE sokong pendirian HAMAS

PACE mengucapkan tahniah kepada Harakatul Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS)
atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember.
HAMAS muncul secara rasmi di persada tanah
air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun
1987 sempena tercetusnya Intifadhah pertama
yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut.
Intifadah telah mengambalikan perjuangan
Palestin di atas landasannya yang sahih iaitu
jihad tanpa kompromi untuk membebaskan
seluruh bumi Palestin dari cengkaman dan
pendudukan haram Zionis israel semenjak
tahun 1948.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh di dalam ucapan
sambutan ulang tahun penubuhan HAMAS
menegaskan bahawa mereka sekali-kali tidak akan
mengiktiraf bahkan tidak mengakui kewujudan
Israel sebagai entiti haram di atas bumi palestin.
Pendudukan haram israel tidak akan berlanjutan di
masa hadapan dan seluruh bumi palestin dari laut
(Mediterranean) ke sungai (Jordan) akan
dibebaskan. "from the sea to the river; from 'Rosh
haNikra to Rafah'. Sehubungan dengan itu beliau
memuji jihad bersenjata yang diterajui oleh sayap
ketenteraan HAMAS iaitu Brigade al-Qassam yang
sehingga kini telah berjaya membunuh 1,349
tentera zionis. Beliau juga memberi pujian kepada
usaha penentangan di Iraq dengan menegaskan
bahawa jalan perjuangan bagi umat Islam dalam
menghadapi musuh-musuhnya hanyalah dengan
jihad fi sabilillah. Sanjungan juga dikalungkan
kepada Syeikh Raed Salah, pemimpin gerakan
Islam palestin 1948, yang mengambil
tanggungjawab jihad mempertahankan Masjid al-
Aqsa dan al-Haram As-Syarif al-Quds, yang
dibebaskan dari penjara Israel. Beliau juga
merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat
Palestin yang hidup di wilayah palestin 1948 yang
disifatkan hidup di dalam 'perut raksasa'
(Levathian- biblical sea monster)

Dalam semangat yang sama beliau menyeru kepada
Mahmud Abbas dan kelompok Fatah supaya tidak
lagi bersekongkol dengan regim Zionis Israel
dengan mengadakan kerjasama keselamatan dan
mengadakan rundingan damai yang ternyata sia-sia
dan merugikan perjuangan rakyat Palestin. Mereka
diajak supaya kembali kepada usaha sebenar yang
akan membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya
iaitu jihad atau penentangan.

Ismail Haniyeh juga menegaskan bahawa hak
rakyat Palestin untuk pulang adalah hak asasi yang
tidak bolih dipertikaikan oleh sesiapa. ia adalah hak
mutlak rakyat Palestin yang terusir untuk kembali
ke tanah air dan kampung halaman mereka.

PACE dengan ini menyokong penuh seruan dan
saranan Perdana Menteri Ismail Haniyeh untuk
tidak mengiktiraf Israel, meneruskan jihad ke arah
pembebasan palestin dan hak rakyat Palestin untuk
kembali ke tanah air mereka di bumi palestin.

PACE dengan ini mengiktiraf bahawa setiap
inci bumi palestin yang terjajah semenjak tahun
1948 adalah bumi Palestin yang sah dan wajib
dikembalikan kepada rakyat Palestin.

PACE menolak penubuhan negara Palestin
berdasarkan sempadan tahun 1967 seperti yang
diistiharkan oleh Mahmud Abbas. bagi PACE,
pendirian kami adalah selaras dengan HAMAS
iaitu negara Palestin berdasarkan sempadan tahun
1967 boleh diterima sebagai status sementara
negara Palestin (berdasarkan resolusi 242 Majlis
Keselamatan PBB 1967) dengan mewujudkan
gencatan senjata bersama negara haram Israel untuk
satu tempoh yang disepakati.

PACE menyeru semua pihak terutama kelompok
Fatah yang menerajui PNA (Pihak Berkuasa
Palestin) supaya berhenti meletak sebarang harapan
kepada rundingan damai yang ternyata tidak
memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan
pembebasan Palestin. PACE mengingatkan
'rundingan damain' hanyalah perangkap yang
dipasang oleh zionis dan sekutunya US untuk terus
meredam bumi Palestin dalam pendudukan dan
cengkaman yahudi zionis secara berterusan.

PACE menyeru umat islam seluruh dunia
supaya bersatu di atas kalimah Lailahaillah dan
melaungkan slogan 'al-jihad fi sabiluna' - jihad
adalah jalan kami demi mempertahankan tanah suci
umat Islam dan Masjid al-Aqsa.

PACE juga mengambil kesempatan ini untuk
menyatakan penghargaan yang tidak terhingga
kepada masyarakat sipil (madani) yang terdiri dari
kalangan NGO dan palbagai inisiatif lain yang
diterajui oleh warga dunia, samada di kalangan
muslim dan bukan Islam yang telah menyumbang
tenaga, kewangan bahkan meletakkan nyawa
mereka dalam keadaan terancam melalui misi-misi
penghantaran bantuan makanan, ubat-ubatan dan
lain-lain keperluan asas yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang terkepung dan dikenakan
sekatan oleh regim kebinatangan zionis (Laknat
Allah atas mereka semuanya). Usaha-usaha ini
yang dijelmakan oleh VP (Viva Palestina), IHH
(Turki), yang turut disertai oleh VPM, Aqsa Syarif,
Haluan Palestin di Malaysia baik melalui Flotila
LL4G (Lifeline for Gaza) di atas kapal Mavi
Marmara, LandConvoy VP5 yang diterajui oleh
VPM dan Aqsa Syarif (Aqsa2Gaza).

PACE juga mengucapkan tahniah kepada
Muasassah al-Quds Malaysia yang rasmi
penubuhannya pada 12 Disember 2010, sebagai
cawangan kepada Muasassah al-Quds pusat yang
diterajui oleh as-Syeikh Prof Dr Yusuf Al-
Qardhawi. Penubuhan Muassasah al-Quds yang
berjaya menggabungkan parti-parti politik baik
parti politik pemerintah mahupun parti-parti bukan
pemerintah dan juga pelbagai NGO seperti
IKRAM, Aqsa Syarif, Syura, Haluan Palestin,
PGPF, Aman Malaysia dan banyak lagi pertubuhan
yang bakal bersama adalah petanda jelas bahawa
rakyat Malaysia akan menyertai warga dunia dalam
satu keluarga antarabangsa yang bersiap sedia
untuk membebaskan bumi palestin dan cengkaman
zionis israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah
PACE (Palestine Centre
of Excellence)

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa
Syarif

14 Disember 2010

No comments: