Total Pageviews

Saturday, March 7, 2009

MANISNYA BERADA DI JALAN INI..



Ya Allah,kuatkan aku. Lindungiku daripada berputus asa…

Alhamdulillah, selesai sudah program usrah gabungan untuk adik2 usrah di UKM.

Moga-moga Allah mengurniakan kefahaman ISLAM yang jelas dan berterusan untuk semua peserta melalui program bengkel fikrah Islam ni.

Dalam perjalanan pulang ke Darus Sakeenah yang disayangi, teringat seorang akhawat tertinggal 'purse'nya waktu program tadi.

Ni..la.. akhawat nak terkejar2 ke tempat praktikal, tertinggal 'purse' plak.

Tapi tersedar betapa besarnya pengorbanan yang diberi, sanggup datang ke program walaupun tengah praktikal tak kisahlah datang sekejap je pun.

Sambil dalam perjalanan pulang, meluahkan rasa pada K.Rose yang disayangi,

"Akak, saya rasa satu perasaan sayang kat akhawat, yang lain drpada sayang saya pada sahabat biasa".

"Sayangnya macam sayang kat adik beradik sendiri"

K.Rose jawab: "Bukan macam adik-beradik tapi lebih daripada adik-beradik sendiri".

"Hmm.. betul2, perasaan sayang yang tak boleh digambarkan dengan kata2, ianya lahir dari dalam hati"

"Hajar sayang mereka, tak pernah sangka yang mereka inilah orang2 yang sanggup bekerja bersama,fikir masalah sama2, memahami dan mengorbankan masa, tenaga bersama2"

Mungkin inilah nikmat kasih sayang sebagaimana yang Allah gambarkan dalam firmannya yang bermaksud:

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, dia Mahaperkasa, Mahabijaksana" (al-anfal:63)

Akhawat, sesungguhnya Allah akan mempersatukan hati kita selagimana kita ikhlas berada di jalan perjuangan menyambung sunnah Rasulullah saw yang teragung iaitu "jalan dakwah" ni.

Seterusnya Allah akan memperkemaskan lagi ukhuwwah dengan mengurniakan fikrah yang sama dan akhirnya membawa kepada amal kita seharian.

Tak mustahil, bila kita berada di jalan da'wah, kita akan berasa perit, sakit, inilah yang dinamakan ujian untuk menapis hamba-hambanya yang betul-betul ikhlas dan inilah juga sunnatullah.

Dengan kesakitan inilah penawar dosa-dosa kita, dan seterusnya akan meningkatkan iman dan taqwa.

Sesunguhnya "UKHUWWAH" ini bekalan yang sangat berharga dalam menempuh ujian dan cabaran hidup.

Semoga kita thabat di atas jalan ini..

Wallahu'alam.


5 comments:

Anonymous said...

kerana ukhwah lah, kita akan makan lauk yg sama selama seminggu! ^_^
ada ke boleh terbeli lauk yg sama, serupa dan sejenis? sefikrah betul! huhu
jzkk hajar. terima kasih Allah atas kurniaan ukhwah ini..

Anonymous said...

salam hajar...
ukhuwah ini memang indah.. kasih yang ertaut kerana Allah, sungguh Allah yang mempertemukan kita, menyatukan hati-hati kita di jalan ini...ukhuwah yang sungguh indah...sentiasa berlapang dada antara satu sama lain,kalau berkecil hati pun kita mampu neutralkan semula..inilah hubungan yang takkan kita dapat sekiranya tidak sefikrah... INDAHNYA UKHUWAH KERANA ALLAH... sayang Hajar jugak!!!

cahayakebahagiaan said...

salam..hajar..thank u for the phone call..macam manalah boleyh tertinggal...anyway...ukhuwwah itu sangat indah...:-)..sayang hajar jugak

SITI HAJAR MOHAMMAD said...

Yelah leza.. tak sangka terbeli lauk & sayur yang sama. Konsep ukhuwwah, bermula daripada niat yang ikhlas kepada fikrah seterusnya amal. Ana nampak kat sini amalnya "g pasar beli lauk yang sejenis" sebab fikrahnya dah sama dengan niat ikhlas nak bagi akhawat makan makanan yang sihat dan baik serta nak "save bajet" ..hu..hu..

SITI HAJAR MOHAMMAD said...

Bestnya ramai orang sayang!!!