Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay Bin Kilab bin murrah bi Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (Quraisy) bin Malik ibnul-Nadhr bin Kinanah bin Ma'ad bin Adnan. Mereka semua adalah anak cucu Nabi Ismail B. Ibrahim as.
Nama yang terpilih..
Ditengah-tengah kerosakan moral manusia yang sangat parah, risalah Muhammad saw datang.
Risalah yang dibawa menghimpun semua misi kerasulan dan kenabian sebelumnya.
Sekaligus sebagai penutup kerasulan dan kenabian sebelumnya.
Ini bererti kenabian Rasulullah Muhammad mencakupi keseluruhan kehidupan manusia didunia dari saat diangkatnya menjadi Rasul sehingga hari kiamat.
Allah berfirman:
"Tidaklah Kami utus engkau kecuali kepada seluruh alam menjadi pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan" (Saba':28)
Rasulullah juga diutus untuk menyempurnakan akhlak supaya menjadi contoh buat seluruh umat.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-ahzab:21)
Macam mana nak relatekan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan risalah teragung daripada Allah swt dengan kehidupan kita sekarang?
Dalam usaha Rasulullah untuk menyampaikan risalah Baginda, apakah agenda utama yang ditekankan?
Dalam manhaj nubuwwah, dakwah dan tarbiyyah merupakan agenda utama baginda Rasulullah saw sewaktu baginda memulakan dakwahnya di Mekah.
Dimana baginda memulakan tarbiyyahnya kepada sahabat2 awal yang memeluk Islam di rumah al-arqam b. abi arqam.
Sedarlah, betapa pentingnya tarbiyyah untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM!!
Negara ISLAM Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyyah oleh Rasulullah saw.
Kegemilangan di Badar tidak akan dicapai jika bukan dengan tarbiyyah.
Keutuhan daulah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al awa'iel yang ditarbiyyah.
Malah kelangsungan daulah di zaman khilafah Islam juga menjadi kuat kerana wujudnya RIJAL yang ditarbiyyah.
Dan keruntuhan khilafah ISLAM juga berlaku setelah MUSLIM melupakan tarbiyyah..
Dengan melihat kepada sirah perjuangan Rasululullah saw kita akan menemui sunnah Rasulullah yang teragung adalah dakwah & tarbiyyah.
Memang sakit dan perit, nak memulakan dengan dakwah dan tarbiyyah,
Sangat memerlukan pengorbanan yang banyak,
Namun inilah sunnatullah.
Nampak macam lambat, tapi inilah formula keberjayaan dakwah Rasulullah saw.
Memulakan usaha untuk meletakkan ISLAM dipuncak dengan permulaan dari bawah, iaitu pembinaan individu.
Rasullulah saw pernah bersabda:
"Duhai,alangkah baiknya kira aku dapat menjumpai ikhwanku. Para sahabat bertanya"wahai Rasulullah saw, siapakah ikhwanmu? Apakah kami termasuk dari mereka? Beliau bersabda "Tidak, Kalian adalah sahabat-sahabatku. Ikhwanku adalah orang orang yang datang setelah kalian, yang beriman kepadaku seperti keimanan kalian, membelaku sebagaimana pembelaan kalian. Duhai alangkah baik kiranya aku bisa menjumpai ikhwanku"
Adakah kita ikhwan yang disebut oleh baginda itu??
Nak tak jadi ikhwan yang disebut oleh Baginda??
Bersamalah kita berazam untuk melahirkan RIJAL-RIJAL yang "sanggup meletakkan hidupnya demi ISLAM jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya."
RIJAL-RIJAL yang tersemat dalam dirinya untuk meninggikan kalimah tauhid..
Sungguh.. kita akan merasa kenikmatan dalam keperitan ni,
Bayangkan dalam kehidupan Rasulullah,
Hakikatnya terdapat bunga-bunga keharuman dalam keperitan kehidupan baginda menyampaikan kebenaran ditengah-tengah kebatilan yang berleluasa di tanah arab.
Betapa baginda menjalani kehidupan yang benar-benar menuruti apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Kehidupan yang menjadi contoh teladan yang terbaik kepada generasi selepasnya sehingga kiamat.
Kehidupan yang penuh dengan erti perjuangan dan jihad dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah kepada sekalian manusia.
Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Ya Rasulullah, kami merinduimu…
Ya Rasulullah, kurniakanlah syafaatmu..
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment