Total Pageviews

Thursday, December 10, 2009

HADIAH BUAT DIRI YANG LEMAH...

Alhamdulillah, sepanjang satu semester berhempas pulas menyiapkan project dan thesis. Akhirnya hari ni kedua-dua kerja ni dah dihantar. Namun, kusedar diriku belum bebas sepenuhnya kerana dalam masa tak sampai seminggu, baki masa yang ada ni perlu diperah sepenuhnya untuk final exam pulak.

Cuma kadang-kadang terfikir adakah aku sangat mementingkan urusan dunia dan asyik mengejar kecemerlangan akademik sehingga mengenepikan segala urusan akhirat dan amanahku??? Astaghfirullah... jauhkanlah aku daripada perlakuan yang sedemikian..

Namun, aku hanya manusia biasa yang tak terlepas daripada kelalaian dengan urusan dunia.. aku pun sedar.. Dan sangat memerlukan kekuatan untuk menghadapi situasi sebegini. Memang tak dapat dinafikan tahun akhir adalah masa yang sangat mencabar bagi diriku.. Bagi mereka yang dekat dengan diri ini, jika nampak diri ini lalai, tariklah dan ingatkanlah serta doakanlah..

Moga Allah memberi kekuatan dan kemampuan untuk diriku yang lemah ini.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kalimah keramat sebagai hadiah buat hambanya yang beriman sebagaimana firmannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah: 284-286)

Semoga kekuatan terus mengalir dalam diri ini...

4 comments:

cahaya_ketenangan said...

gudluck kak hajar 4 da final exam..barakallahu fiik..maaf slh silap :)

SITI HAJAR MOHAMMAD said...

Jzkk..dik..

pejuang ALLAH said...

salam, ni ujian dunia kak..teruskan usaha!!semoga dipermudahkan ALLAH.

[ Nazihah ] said...

Waktu saya ziarah kak Anfal beberapa hari selepas walimah dia pesan:
AmbilLah dunia dengan sederhana, jika kamu ambil sedikit dia akan menghambat, jika kamu ambil banyak dia akan membanjiri.Biar dunia itu hanya di tangan bukan dihati.

IngatLah dunia itu jambatan ke Syurga, binaLah jambatan untuk ke Jannah