Kehidupan kita sentiasa diwarnai dengan lakaran dan coretan kisah yang manis, pahit, gembira, duka dan sebagainya. Bermula daripada permulaan kehidupan yang ibarat kain putih yang suci, sedikit demi sedikit kain tersebut akan diwarnai dengan pelbagai lakaran. Semakin bertambah usia kita, semakin banyak warna yang terlakar. Lakaran itu umpama ujian dan dugaan yang berlaku dalam hidup, dimana dengan ujian itulah yang mencorakkan kehidupan kita.
Namun, bagaimanakah reaksi kita apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian??
Bagaimanakah akhlak kita sebagai seorang Muslim??
“ Sungguh telah ada teladan yg baik bagimu pada diri Rasul Allah, iaitu bagi orang yg mengharap keredhaan Allah dan pahala hari Akhir dan banyak berzikir menyebut Allah” (Al-Ahzab ayat 21).
Antara lakaran yang tercantik akan terlakar di atas kain putih kehidupan kita adalah keindahan ukhuwwah. Dan dengan keindahan ikatan ukhuwwah inilah yang menyebabkan syaitan seringkali cemburu dan marah serta cuba sedaya-upaya untuk memutuskan ikatan ukhuwwah yang terjalin sekian lama. Kadang-kadang, ukhuwwah yang dibina sekian lama, boleh terputus kerana berpunca daripada perkara yang ‘simple’ sahaja.
Namun, kita yang ‘declare’ diri kita sebagai seorang Muslim dan mengaku umat Muhammad saw dan menjadikan baginda sebagai suri teladan, adakah dengan mudah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan apabila ukhuwwah kita diuji?? Baginda Rasulullah saw, telah menunjukkan suri teladan yang sungguh indah dalam berakhlak dan berukhuwwah sebagaimana dalam peristiwa baginda melayan seorang tua yang buta dengan baik walaupun seringkali dicerca dan dimaki setiap kali baginda menyuapkan makan untuk orang tua tersebut.
Inilah akhlak Islam yang sebenar. Kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan permusuhan. Jadilah seperti pokok, dibaling batu, dibalas buah.
“ Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka org yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dgn serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat baik.”
Kadangkala kita bertegas untuk memenangkan diri kita bahawa kita tidak bersalah, malah musuh kitalah punca berlakunya persengketaan. Sehingga akhirnya pergaduhan berlarutan dan hati semakin jauh. Sebagai MUslim, kita diajar untuk sentiasa memaafkan, tidak kiralah kita dipihak yang benar atau dipihak yang salah. Perkataan ‘maaf’ ibarat air dingin yang akan menghapuskan segala api kemarahan yang disemarakkan oleh syaitan laknatullah.
“Tapi, saya terlalu geram, saya rasa saya tak boleh maafkan dia, perbuatan dia sangat melampau!!!”
Kalu macam kes kat atas, apa pulak penyelesaiannya??
Tidak dinafikan, sewaktu persengketaan berlaku, fikiran kita akan menjadi kurang rational dan perkataan ‘maaf’ susah untuk diluahkan. Tapi untuk mengelakkan persengketaan yang lebih teruk, jika kita terlalu marah, jangan berkata apa-apa. Sebaiknya diam, banyakkan istighfar dan terus berlalu pergi. Jangan biarkan ketidakwarasan akal kita pada waktu tersebut mengaibkan diri kita dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kita katakan.
Kenangilah saat manis sepanjang kita bersahabat dan menjalinkan hubungan dengan orang yang bersengketa dengan kita.
Kita seharusnya sentiasa memuhasabah diri kita. Setiap dari kita tidak terlepas daripada ujian persengketaan dan salah faham dalam kehidupan. Dengan bersikap positif, pandanglah ujian tersebut merupakan tarbiyyah daripada Allah kepada kita. Didikan Allah sangat luas, dan salah satunya adalah melalui karenah sahabat-sahabat dan orang terdekat dengan kita sendiri.
Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan, dipandang serong dan sebagainya. Kerana setiap dari kita ada pandangan yang berbeza. Jangan merasakan kita terlalu sempurna sehingga merasakan kita tak mungkin akan buat salah.
Ya Allah, Engkau naungilah ukhuwwah kami dengan keberkatan kasih sayang dan redhaMu.
1 comment:
mintak maaf byk2 hajar atas salah silap..
[moga proses pembersihan diri / pengislahan xpernah padam...]
Post a Comment