Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, aku diuji dengan kerosakan hp yang membuatkan hubunganku dengan dunia luar seakan-akan terputus. Ada banyak hikmahnya... secara zahir memang aku tak kisah lagipun aku boleh fokus pada persiapan akhir presentation untuk projek akhir rekabentuk ku. dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sewaktu pembentangan, semuanya dipermudahkan Allah.
Dan semalam, alhamdulillah, aku diberi pinjam handset oleh house mate DS ku.
Buka2...yang pertama skali aku check adalah voicemail yang masuk.
Bila bukak..ku dengar suara abahku dan anak saudaraku..
Rasa bersalah yang amat sangat!!
Adakah aku telah melupakan hak mereka terhadap diriku??
Pada saat ini juga kurasakan ingin ku pulang segera menemui mereka.
Hatiku terasa rindu yang amat sangat...dah berbulan-bulan lamanya ku tak pulang berjumpa abah, adik-adikku dan keluargaku.
Warrgghh..rindunya..
Bila anak sedaraku yang kecil bertanyakanku bila nak balik?
Alasanku..."tak boleh balik, makcik sibuk nanti dah habis kerja sekolah semua, makcik balik.."
Setiap kali ditanya, aku memberikan alasan yang sama.
Memang tersangatlah rindu..berulang-ulang kulihat gambar yang tersimpan dalam laptop. Bagiku, cukuplah buat pengubat rindu.
Memang tak dinafikan aku perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan semua kerja2 ku..dan kini masih bertungkus lumus menyiapkan thesis..hu..hu..
Dalam hati memang sangat2 rindu kat mereka.
Abah, adik2, kakak2 n anak2 sedaraku...
Maaf sangat2 atas kecuaianku jika tidak sempurna dalam menunaikan amanahku..
Sesungguhnya kulakukan ini semua untuk memberi yang terbaik untuk keluargaku
Kerana ku tahu keluargaku meletakkan harapan yang tinggi pada diri ini..
Redhailah diri ini untuk berada disini buat beberapa waktu lagi untuk kusiapkan tugasanku yang belum selesai.
InsyaAllah, akan ku tebus semua kesilapanku ini dengan menunaikan tanggungjawab yang pernah kujanjikan dahulu pada seseorang yang melihat kita dari jauh..
Doakan yang terbaik buatku,semoga dipermudahkan segala urusan..Amiin.
No comments:
Post a Comment