PENAWAR HATI YANG SAKIT – Sebuah buku tulisan Ibnul Qayyim al-Jauziyyah.
Alhamdulillah, lepas maghrib berjamaah bersama2 beberapa akhawat DS (ana, K.rose, leza & ain) bedah buku ni sama-sama sebagai santapan rohani.
Hajar kena jadi ustazah ad-hock sebab hajar yang pegang buku tu..
Bermulalah sebuah perkongsian, before tu kami bincang berkenaan tajuknya "PENAWAR HATI YANG SAKIT".
Kenapa "HATI" ??
Kenapa tak tangan ke?, kaki ke? Otak ke?
Sebabnya "HATI" merupakan pengawal utama kepada seluruh anggota badan yang lain.
Kalau baik "setting system" kat HATI, InsyaAllah, proses yang akan dihantar ke anggota lain akan ikut sama baik..
Bab 1 : Doa adalah ubat yang paling efektif
Persoalan lagi.. kenapa bab pertama dalam buku ni dimulakan dengan doa?
Kenapa doa?
Pandangan peribadi: Doa merupakan perantara yang paling dekat antara kita dengan Allah.
Dengan berdoa, bermaksud kita menyerahkan segala urusan kehidupan kita kepada Allah.
Bermaksud kita mengagungkan Allah sebagai kuasa mutlak yang menentukan apa sahaja yang terbaik untuk kita.
Inilah erti kehidupan Muslim yang sebenar.
Maksud ISLAM tu sendiri bererti "menyerah", "tunduk & patuh" –
Jika kita declare kita ni islam, kenalah sentiasa menyerahkan diri pada Allah dalam apa keadaan sekalipun.
Ada beberapa point yang perlu dihighlghtkan dalam bab ni:
- Doa merupakan ubat yang paling mujarab
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab shahihnya dari Ali b. abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera langit & bumi"
- Dalam melawan bala, doa ada beberapa keadaan:
- Doa lebih kuat drpa bala sehingga mampu mengalahkannya
- Doa lebih lemah drpada bala sehingga doa kalah dan akibatnya seorang hamba tertimpa musibah atau penyakit. Akan tetapi, terkadang doa akan meringankan penyakit, meski kadarnya lemah
- Doa dan bala sama-sama kuat sehingga terjadi saling mengalahkan.
Al-Hakim meriwayatkan dr Aisyah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Kehati-hatian tidajk akan menggagalkan takdir, dan doa berguna untuk musibah yang sudah menimpa atau belum menimpa. Jika bala menimpa, maka doa akan menghadangnya dan akan bertarung sampai hari kiamat."
Hadith dari sahabat Ibnu Umar dari Rasulullah saw:
"Doa itu bermanfaat, baik musibah itu sudah turun atau belum. Kerana itu wahai hamba Allah, berdoalah"
Riwayat dari sahabat Tsuban dari Rasulullah saw bersabda:
"Takdir tidak akan tertolak, kecuali oleh doa. Umur tidak akan bertambah kevuali dengan kebajikan. Sungguh seorang hamba tidak akan memperoleh rezeki kerana dosa yang ia lakukan."
- Doa lebih kuat drpa bala sehingga mampu mengalahkannya
Betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah pada hambanya, dikurniakan kita satu kaedah untuk memohon sesuatu denganNya iaitu dengan "DOA."
Alangkah angkuh dan sombongnya kita, jika tak mendidik diri dan hati kita dengan DOA. Sedangkan siapakah kita??
"Tapi, aku dah banyak kali berdoa, Allah tak kabulkan pun!!".
"Kenapa macam ni??."
" Dah muak nak berdoa, doa ke tak doa ke sama jer…"
Pernah rasa macam case kat atas??
Pertama, check balik, betul ke kita berdoa pada Allah dengan hati yang ikhlas??
Mungkin, Allah tak bagi sekarang, sebab Allah nak bagi ganjaran diakhirat dengan sesuatu yang lagi hebat!!!
Sebabnya, dah takde satu pun perkara atau benda kat dunia yang sama nilainya dengan pemberian Allah diakhirat utk kita.
InsyaAllah akan disambung lagi…
Wallahu'alam..
1 comment:
salam..
ana terkesan....hehe..by da way..u right senjata terhebat..mukmin itu adalah doa.....
Post a Comment