Total Pageviews

Monday, March 1, 2010

INDAHNYA BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Aku adalah manusia kerdil yang sangat lemah,
Amat tidak mengetahui segala sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah buat diri ini,
Sesungguhnya aku menyerahkan seluruh hidupku ini kepada Allah,
KepadaNya aku menyerah dan kepadaNya aku bertawakal.

Dalam kehidupanku,
Sangat memerlukan bimbingan dan petunjuk daripadaMu Ya Allah,
Aku tidak rela jika diri ini melupakanMu walau sedetik,
Atau masa yang lebih singkat daraipada itu.

Aku sedar Ya Allah,
Engkau amat memahami diriku dan sentiasa menjaga serta melindungiku,
dan aku dapat merasakan penjagaanMu yang penuh kasih sayang ya Allah,
Kau saksikanlah ya Allah,
Keimanan dan keyakinanku terhadap kekuasaanMu,
Kau terimalah keimananku ini sebagai saksi untuk aku berhujah dihadapanMu kelak,
Kerana aku sangat mengharapkan Ya Allah,
Untuk berhadapan denganMu diakhirat nanti.

Engkau telah menyaksikan kepadaKu,
Betapa Engkau mendengar suara kelemahan memohon petunjukMu didalam hati ini,
Dan Engkau telah menyaksikan jawapanMu kepadaku,
Melalui kitabMu yang Maha Agung iaitu al-Qur'an,
Bait-bait ayat yang kubaca,
Seumpama Engkau sedang berkomunikasi dengan diri ini,
Untuk menyatakan jawapan terhadap permintaanKu,
Yang amat memohon petunjukMu,
Yang amat memohon teguranMu,
Yang amat memohon nasihatMu,
Yang amat memhon belas kasih sayangMu,
kerana aku sangat rindu kepadaMu.

Aku sedar Ya Allah,
Engkau amat dekat dengan diri ini,
Aku memohon,
Janganlah Engkau tarik nikmat yang kurasai kini,
Bagilah hambaMu ini sering merasai,
Keindahan nikmat berkomunikasi denganMu..
Dulu...Kini...
dan sehinggamana Engkau menentukan saat aku menghembuskan nafasku yang terakhir.
Ameen...

No comments: