Alhamdulillah..
masih diberi peluang oleh Allah untuk berada di dunia ini bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba, dai'e dan khalifahNya..
Terlalu banyak coretan dan lakaran peristiwa yang berlaku sepanjang 1429 H.
Cerita suka duka, hidup seorang musafir..
Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kuniakan
Ya Allah, ikhlaskanlah aku dalam setiap urusan yang aku laksanakan dengan niat meraih redhaMu
Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Ya Allah, daripadaMu aku datang dan kepadaMu aku akan kembali..
Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa-dosaku,
Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa arwah ibuku, Kau terimalah segala amal kebajikan yang dikerjakan ibuku, kau permudahkanlah hisaban amalnya, kau tenangkanlah ibuku di sana dan kau tempatkanlah ibuku bersama-sama dengan hambaMu yang beriman,
Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa abahku,
Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa adik-beradikku, serta seluruh keluargaku,
Kau tunjukilah keluargaku ke jalan kebenaran dan jalan yang Engkau redhai,
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa sahabat-sahabatku, orang-orang yang ikhlas berjuang dijalanMu, dan seluruh umat Islam didunia.
Kau bantulah kami dalam menggapai cinta dan redhaMu..
Wahai hati yang lesu, bangkitlah!!!
Bangkitlah daripada mimpi dan lamunanmu!!
Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kamu,
Sedarlah wahai hati,
Terlalu banyak hak dan amanah yang perlu engkau tunaikan,
Tiada masa lagi untuk berpeluk tubuh, berehat..
Sesungguhnya kerja yang perlu dilakukan lebih banyak daipada masa yang kamu ada!!
Perbaharui niatmu, Tanamkan azammu dan Laksanakanlah dengan sebaik mungkin..
Tiada pilihan untuk kamu menolak syurga!!
Salam maal hijrah 1430 H..
"Ya Allah! Perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu kebenaran dan kurniakanlah kepada kami (kemampuan) untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu kebatilan dan kurniakanlah kepada kami (kemampuan) untuk menjauhinya." Amiin.
Total Pageviews
Tuesday, December 30, 2008
Sunday, December 28, 2008
"KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI"
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kualiti ke kuantiti yang lagi utama??
Dalam usaha kita mengajak manusia bersama-sama kita di jalan yang penuh liku ini (jalan menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.), kadang-kadang kita sering terlupa dan tertipu dengan nilai angka. Dimana kita rasa bermegah-megah dengan ramainya anak-anak usrah kita, dengan ramainya pengikut wadah kita dan ramainya bilangan ahli dalam database. Sedangkan ada nilai utama yang lebih penting berbanding kuantiti yang boleh dikira dengan jari ini, iaitu 'kualiti'. Mungkin ramai yang mengenepikan aspek ni sebab ketidabolehukuran 'kualiti' secara kasar.
Seringkali kita sibuk merancang dan mengadakan program 'high impact' yang mungkin boleh melonjakkan nama kita dan insyaAllah untuk mengumpul seramai mungkin mad'u-mad'u baru. Tidak dinafikan, kita perlu juga adakan program besar-besar tapi sebelum tu, perlu juga dipertimbangkan adakah kita sudah bersedia??. Sibuk untuk mendapatkan ahli yang ramai sedangkan ahli yang sedia ada tak terbina dan kadang-kadang sering diabaikan semata-mata nak kejar bilangan ahli yang ramai. Sedih lagi apabila usrah dan tarbiyyah yang menjadi elemen penting dalam pembangunan manusia diabaikan..
" Jumlah yang banyak dan besar tidak boleh menjadi kayu ukuran tetapi kemenangan dan kebaikan itu diukur mengikut mutu dan kualitinya".
Seringkali juga kita rasa risau dengan bilangan ahli yang sedikit sedangkan janji Allah telah terlakar didalam Qalam al-Qur'an yang mulia berkenaan sedikitnya orang yang beriman berbanding dengan orang yang tidak beriman.
"..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan amat sedikitlah bilangan mereka itu" (Surah Sad:24)
"..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan amat sedikitlah bilangan mereka itu" (Saba':13)
"Maka mengapa tidak ada dari umat-umat sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang meranag daripada menunaikan kerosakan di muka bumi kecuali sebahagian daripada orang-orang yang telah kami selamatkan diantara mereka". (Hud:116)
Apa yang penting??
"Kemenangan Islam bukan bergantung kepada bilangan manusia yang banyak, namun bagaimana kita memperbanyak bilangan kaum mukminin solihin yang berkualiti"
Beberapa contoh kemenangan Islam yang bukan kerana kuantitinya tetapi kerana kualitinya yang terkandung dalam al-Qur'an:
1. Tentera Thalut yang sedikit bilangannya memperoleh kemenangan ke atas tentera Jalut yang sangat banyak (al-Baqarah:149)
2. Kemenangan Rasulullah S.A.W. dan sahabat dalam perang Badar (al-Imran:123) (al-Anfal:26)
3. Perang Hunain - Kaum Muslimin nyaris tewas kerana percaya bilangan mereka yang banyak mereka akan memperoleh kemenangan sehingga mengabaikan kebergantungan kepada Allah (at-Taubah 25-26)
Dan banyak lagi daripada peristiwa yang telah diceritakan semenjak nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah kepada era kebangkitan dan kejatuhan Islam.
Adakah kita mengambil iktibar daripada peristiwa peristiwa ini??
Wallahu'alam.

Thursday, December 25, 2008
ALHAMDULILLAH..I'M BACK
Setelah sekian lama membiarkan blog ni bersarang, malam ni terasa nak mencoret sedikit perkongsian..
"Menulis perlukan Disiplin"..
Memang betul statement ni, kalu tak ada disiplin dalam penulisan, macam nilah jadinya..
menulis pada awal blog tercipta sahaja.
InsyaAllah, sedang belajar untuk mendidik diri menjadi orang yang berdisiplin dalam blog ni..
Hu..hu..
"Semoga terus istiqamah dalam menyampaikan kebenaran"

Subscribe to:
Posts (Atom)