Total Pageviews

Friday, February 10, 2012

ROH BARU DARUS SAKEENAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama, tuan punya badan tak menjenguk blog ni, terasa teringin untuk menulis sesuatu disini.
Sambil mendengar alunan irama lagu "Law Kaana Bainana", hati ini Termotivasi untuk mencoret sedikit perkongsian setelah sekian lama menyepi.

2012 - Terasa cepat masa berlalu, dah masuk 2012, macam-macam perkara yang berlaku sepanjang penulis bercuti daripada menulis di blog ni. Antaranya perkara yang besar yang sangat pentting adalah perpindahan lokasi Darus sakeenah.Actually perpindahan ini terlalu banyak signifikan dan kesannya kepada ahli2 DS. Sebagai kakak yang sulung dalam rumah tu, adalah menjadi tanggungjawab dan amanahku untuk menjaga kebajikan adik2 DS sebaik yang mungkin. Kuharap tiada bebanan yang ditanggung oleh adik2 DS, ingin memberi yang terbaik untuk mereka supaya mereka rasa selesa berada dalam rumah jamaah yang asasnya dibina untuk menjadi tempat pengumpulan hati-hati yang ikhlas bekerja untuk membangunkan ummah.

Pada mulanya, memang terasa sangat berat untuk membuat keputusan pindah rumah, namun atas faktor ketidakmampuan kami menanggung kos yang agak tinggi, dengan hati yang berat kami membuat keputusan untuk pindah. Alhamdulillah, nampaknya keputusan pindah rumah adalah keputusan yang terbaik untuk kami walaupun pada awalnya terasa sangat-sangat berat untuk menerima kenyataan. Rumah yang penuh dengan nostalgia dan kenangan, dimana aku bersama kakak2 dan akhawat (yang kebanyakannya dah takde di DHL sekarang) yang mana kami banyak menghabiskan masa di sana untuk membincangkan soal dakwah dan tarbiyah IPT di sekitar Hulu Langat. Namun, ianya cuma sebuah rumah, roh tarbiyah yang disemai disana akan kami bawa bersama dalam rumah yang baru, insyaAllah dengan azam berusaha untuk menyerlahkan lagi sinarnya agar dapat menembus hati penghuni-penghuni di dalamnya.

Setelah berpindah, alhamdulillah banyak perubahan yang kunampak berlaku pada ahli2 DS sekarang. Mungkin masing2 berada di persekitaran baru, mungin terasa segar berbanding rumah yang dulu. Alhamdulillah ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami.

Setakat ni, kami berusaha untuk menghidupkan DS yang baru dengan mengadakan kateebah berkala setiap rabu MaLam yang diisi dengan slot tazkirah (cuba menghabiskan buku karangan Mustafa Masyhur - Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah), berqiamullail, iftar, etc..semoga ianya konsisten, insyaAllah. Nak jugak cuba jemput penceramah luar sebulan sekali bagi pengisian, tapi belum berkesempatan, insyaAllah akan diusahakan.

DS sekarang pun, nampaknya makin ramai pengunjung. Boleh dikatakan setiap hari ada je tetamu yang datang berziarah, insyaAllah dengan ziarah tetamu ke DS bertambah-tambahlah keberkatan untuk rumah ni.Jiran-jiran sekitar pun nampak ok, w/pun most of our jiran chinese.

Namun, yang paling penting, hubungan dikalangan kami semakin erat. Ukhuwwah yang dirasai semakin terserlah...banyak juga masa yang diluangkan untuk bersama walaupun masing2 sibuk dengan urusan masing2. ALhamdulillah, semuanya atas pertolongan Allah.

Semoga keadaan begini berterusan dan begitulah yang kuharapkan. Sehingga satu masa nanti bila dah tiba masa untuk aku tinggalkannya, ku dapat tinggalkannya dengan hati yang tenang.

Akhir sekali, yang pasti, penulis yakin setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah dan perancangan yang terbaik untuk hambaNya...
Alhamdulillah Ya Allah dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..

p/s: Tak sabar nak pergi Honey Moon DS ke Utara...nak pergi memancing ikan kat sawah..he..he..