Total Pageviews

Friday, April 23, 2010

ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Just nak share peristiwa yang baru berlaku padaku...
Yang sangat2 terkesan dihati..
Banyak jugak berfikir...dalam perjalanan naik rapid ke UKM tadi..hu..hu..

Pertama,
Perancanganku untuk bersama2 akhawat DS yang lain untuk ke
(Malam Amal Raudhatus Sakinah) MARS 2010.
Mula2 dulu, sangat berharap untuk ke sana,
sehinggakan dah siap tempah baju baru untuk dipakai malam MARS tu nanti..
Semalam..harapanku hancur setelah aku sedari...
MARS on ahad malam (2 Mei) dan..
3 Mei tarikh final examku..(jadual 4th year eng yang pelik)
subject "POLLUTION"-perlu sangat2 banyak membaca..Lecturer dah pesan, dia tak akan keluarkan soalan berdasarkan dia ajar sahaja, tapi berdasarkan pembacaan sendiri on all regulations yang melibatkan polution yang berpunca daripada industri..
ku terpaksa pilih salah satu,MARS ataupun study utk exam keesokannya
Dan semestinya aku memilih untuk study,since this is my last exam & i'll struggle to do the best!!
hu..hu..akhawat DS, maaf sangat2 tak boleh nak bersama antunna pada malam MARS nanti!

Kedua,
Baru nak berangan ke Bukit Larut (Maxwell Hill) kat Taiping, Perak..
Nak berhoneymoon bersama akhawat DS di tempat yang sangat2 kuidamkn untuk pergi..
Lihat gambar pemandngan bukit larut kat google pun dah terpikat hati..
Secara jujur, memang aku sangat2 berharap akhawat setuju, walaupun belum bersyura dengan semua..
Daripada reaksi akhawat macam semua ok je dengan cadangan tempat ni, rate harga pun agak rendah..
Tup..tup..sekali lagi harapanku hancur,
Seluruh tempat penginapan di bukit larut penuh!!!
Nmpaknya takde peluanglah...
Akhawat, jom kita bukak khemah jelah bermlam kat atas bukit tu..nak tak??


"Pemandangan Dari Atas Bukit Larut..Tinggal Impian"

Dalam hati, memang sangat2 terkilan..
Namun hatiku tetap yakin perancangan Allah adalah yang terbaik..
Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat diriku..
Tak mustahil, apa yang aku rancang selama berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun, boleh jadi tidak akan berlaku sebagaimana perancanganku dengan kehendak Allah.
Kerana perancanganku hanyalah pada sesuatu yang aku nampak baik pada sisiku,
Namun Allah telah merancang sesuatu yang terbaik diluar gambaran dan fikiranku...iaitu sesuatu yang ghaib yang mungkin aku tidak nampak sekarang,
Namun tak mustahil aku akan memahaminya nanti.
Ya, aku mengharapkan diriku akan memahaminya suatu masa nanti..
Ku cuba sedaya upaya mendidik hati ini agar sentiasa dapat menerima takdir Allah ini dengan hati yang penuh rela kerana ku yakin ada hikmah yang Maha Besar disebaliknya.

ok..sambung balik on my final project & thesis..
"Waste water treatment..how to minimize treatment? cost?..ultrafiltration design proces, mechanic design on ultrafiltration, DNA, yeast, saccharomyces cerevisiae..etc.."

"Ya Allah, Engkaulah yang Maha Tahu, Kau bimbinglah hatiku ini agar sentiasa menerima dengan hati yang lapang pada setiap perkara yang Engkau tentukan buat diriku..Ameen Ya Rabb..

Tuesday, April 13, 2010

WARKAH BUAT DIRI & SAUDARAKU BUAT PENGUBAT HATI YANG BERKARAT...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wahai diri & saudaraku,
Selaku insan yang mendokong perjuangan Islam,
Selaku insan yang meletakkan diri di atas jalan menegakkan kebenaran,
Selaku insan yang menggelar diri sebagai seorang murabbiyah,
Selaku insan yang sentiasa melalui jejak kehidupan Rasulullah saw,
Ku yakin diri kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian kehidupan.
Jalan yang terbentang dihadapan kita adalah jalan2 berduri yang penuh rintangan, kesusahan dan cubaan...
Dengan kita merelakan diri kita berada di jalan ini, bermakna kita merelakan diri kita berkorban apa sahaja demi memastikan hak Allah dimuka bumi ini ditegakkan.

Wahai diri & saudaraku,
Dengan realiti yang tebentang luas inilah tidak mustahil akan ada diantara kita yang akan futur (na'uzubillah..). Namun inilah hakikat yang sering berlaku dikalangan pendokong dakwah yang pada mulanya hebat, namun apabila diuji dengan pelbagai ujian mereka menjadi antara golongan yang tercicir ditengah-tengah medan jihad ini.
Mereka diuji dengan pelbagai kesibukan dunia,
Mereka diuji dengan kekecewaan,
Mereka diuji dengan kemalasan dalam diri,
Mereka diuji dengan kepenatan yang melemahkan diri,
Mereka diuji dengan pelbagai alasan untuk meninggalkan jalan ini...

Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana kita telah melalui suatu sistem pentarbiyyahan yang seharusnya mampu mendidik diri kita untuk terus thabat diatas jalan ini.

Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu menyayangi ikatan ukhuwwah yang kita bina sepanjang jalan ini.

Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini masih memerlukan sokongan dan dokongan daripadamu untuk terus berada dan menyumbang untuk mencapai matlamat yang kita sama-sama bina sepanjang jalan ini.

Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu rindu untuk berjumpa kembali di syurga nanti.

Wahai diri & saudaraku,
Janganlah sesekali engkau menyalahkan sesiapa jika kamu termasuk antara golongan yang futur,
Bukan kegagalan sistem tarbiyyah kita yang membuatkan dirimu terkeluar daripada jalan ini,
Namun cerminlah dirimu,
Adakah engkau benar-benar ikhlas dalam perjuanganmu selama ini?
Adakah engkau benar bersungguh-sungguh mencari ilmu tanpa mengharapkan sepenuhnya pada murabbimu?
Adakah benar engkau telah membersihkan hatimu terlebih dahulu sebelum bekerja?
Adakah engkau telah meletakkan Redha Allah sebagai matlamat tertinggi dalam setiap gerak kerja dan perkara yang engkau laksanakan?

Wahai diri & saudaraku,
Muhasabahlah semula,...
Muhasabah sedalam-dalamnya,
Jika ada ciri-ciri yang boleh membuatkanmu futur,
Bersegeralah kembali, agar engkau tidak termasuk dikalangan itu,
Letak dan ikatlah dirimu bersama mereka yang ikhlas,
Agar engkau tidak terlepas ikatan dari pejuang yang sebenar...pejuang yang meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya.

Wahai diri & saudaraku,
Diharapkan dengan bingkisan ini
Dapat mengikis kekaratan yang menyelubungi hati,
Dapat mempertajam senjata yang telah lama tumpul,
Dapat memperkuatkan penglihatan yang telah lama dikaburi dengan silauan keduniaan kepada sinar nur Ilahi,
Dapat mengalirkan semula muara kecintaan kepada Ilahi di dalam lubuk hati.
Dan segala anasir inilah yang sangat diperlukan untuk mendidik hati kita menyerahkan jiwa sepenuhnya untuk kepentingan dan seruan dakwah.

Inilah bekalan kepada penyandang barisan pejuang dan pimpinan Islam,
Mempunyai sekeping hati yang indah berkilauan, kerana CAHAYA keimanan yang terpancar daripadanya...

Sunday, April 11, 2010

NAK JADI KANAK-KANAK...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Just nak share sekeping gambar comel yang sempatku ambil sewaktu usrah yang lepas...


Gambar mu'adz & Mus'ab yang comel...

Jika dilihat secara mata kasar, gambar ni hanya sekeping gambar biasa...
Namun cuba pandang dengan pandangn yang lebih tajam...
Memang, ini hanyalah sekeping gambar biasa, namun disebaliknua dalam gambar ni terserlah fitrah suci yang terkandung dalam hati si kecil ini.

Kulihat keikhlasan dalam hati mereka.
Kulihat ketenangan dalam jiwa mereka.
Kulihat kebebasan dalam akal mereka.
Kulihat kebahagiaan dalam hidup mereka.
Kulihat keriangan dalam mata mereka.
Kulihat....segala-galanya indah pada diri mereka..

Bila terlihat gambar ni, teringin sangat nak jadi kanak-kanak..
Ye..nak kembali ke zaman kanak-kanak, melalui kehidupan yang senang dan mudah...
Namun, inilah reliti kehidupan, Allah ciptakan manusia dengan hakikat usia yang akan bertambah dan sebagai seorang hamba, makin bertambah usia, semakin bertambah amanah dan kewajipan yang perlu dipikul oleh manusia...dan sebagai manusia, aku perlu tunduk dan patuh dengan ketetapan yang Allah tentukan ni..

Ya Allah, Kau kurniakanlah ku sebuah kehidupan yang sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan kasih sayangMu...

Sunday, April 4, 2010

MENGUMPUL KEKUATAN...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setiap manusia akan diuji dengan saat-saat hidup yang begitu genting,
Dimana pada saat ini, seluruh kekuatan dikumpulkan untuk bersangka baik dengan segala ketetapan yang telah diaturkan Allah...

Begitu juga dengan diri ini,
Bagiku saat-saat yang tersisa di UKM ni merupakan saat yang sangat genting untuk kuhadapi.
InsyaAllah, ku cuba untuk mengumpul seluruh kekuatan yang diberi Allah untuk menghadapi ujian ini dengan penuh ketabahan...

1. Dalam masa sebulan, ku perlu pulun habis-habisan untuk menyiapkan projek akhirku dan tesis yang melayakkan diriku untuk menerima segulung ijazah di UKM..

2. Merancang sistem pewarisan amal yang sebaik-baiknya sebelum ku melepaskan amanahku kepada adik-adik yang bakal mewarisinya..Ya, perlu sebaik-baik yang mungkin bagi memastikan ku tidak menzalimi sesiapa dalam hal gerak kerja dakwah ini.

3. Juga merancang 'support system' yang terbaik buat diriku setelah grad untuk ku memastikan diriku terus thabat diatas jalan yang kuyakini ini.


Ya Allah,
Ku memohon kepadaMu, Kau permudahkanlah segala urusanku ini..
Mohon juga iringan doa yang ikhlas daripada akhawat seperjuangan dan anak-anak usrahku yang kusayangi...